1.
Ambil sehelai daun palas, lapkan depan dan
belakang daun sehingga semua habuk haus tanggal dan bersih.
2.
Simpulkan daun palas sehingga terbentuk kelongsong
segi tiga. Biarkan ekor daun palas terjuntai.
3.
Masukkan beras pulut yg telah dimasak tadi ke
dalamnya. Tekankan sedikit dgn jari jemari halus anda biar pulut padat di dalam
kelongsong. Jangan letak pulut melebihi paras daun kerana ia akan menyukarkan
anda utk membalutnya nt. Seelok-eloknya biar sama paras dgn sisi daun.
4.
Kemudian, tarik ekor daun palas menghala ke
bawah bagi menutupi pulut tersebut.
5.
Rapatkan dan kemaskan daun tersebut. Biar betul2
ketat balutannya.
6.
Pusing pula daun ke belakang kelongsong sambil
menghala ke atas.
7.
Kemudian lipat lagi berulang kali sehingga hanya
tinggal ekor daun.
8.
Tarik ekor daun tadi dan sematkan di celah
lipatan. Hati-hati agar balutan tidak terbuka.
9.
Kemaskan / ketatkan balutan dengan cara menarik
ekor daun kuat sedikit. Jangan tarik terlalu kuat kerana daun palas akan
terkoyak.
10.
Kemudian simpulkan ekornya bagi mematikan
balutan dan juga untuk mengelakkan air dari masuk ke dalam ketupat bila
direbus.
TIP :
Ø
Kelongsong ketupat yg dibuat dlm kuantiti yg byk
perlu ditutup dgn kain yg lembap agar daun menjadi lembut dan tidak mudah terkoyak
apabila membuka kembali untuk memasukkan pulut.
Ø
Sebaiknya guna beras pulut susu utk rasa yg lbh
lemak.
Ø
Ketupat yg tlh siap dibalut blh juga dimasukkan
ked lm bekas yg bersesuaian dan disimpan di bhgn sejuk beku dan direbus atau
dikukus bila perlu.
*0keh sbnrnya ni tuk diri aku sendiri....mana lah tahu aku nk cuba buat suatu hari nt bila dah kawen kelak....haha.....ntah bila la tu....
padahal tiap2 thn tgk je ma buat...tp tak pandai2 gak...alah stakat tlg gitu2 jer...huhu
p/s : hasil maklumat drp surat khabar baru...huhu...mega
yg benar2 tulis: