Sunday, 20 July 2014

Cara-cara membuat Kelongsong Ketupat





         1.       Ambil sehelai daun palas, lapkan depan dan belakang daun sehingga semua habuk haus tanggal dan bersih.
2.       Simpulkan daun palas sehingga terbentuk kelongsong segi tiga. Biarkan ekor daun palas terjuntai.
    3.       Masukkan beras pulut yg telah dimasak tadi ke dalamnya. Tekankan sedikit dgn jari jemari halus anda biar pulut padat di dalam kelongsong. Jangan letak pulut melebihi paras daun kerana ia akan menyukarkan anda utk membalutnya nt. Seelok-eloknya biar sama paras dgn sisi daun.
4.       Kemudian, tarik ekor daun palas menghala ke bawah bagi menutupi pulut tersebut.
5.       Rapatkan dan kemaskan daun tersebut. Biar betul2 ketat balutannya.
6.       Pusing pula daun ke belakang kelongsong sambil menghala ke atas.
7.       Kemudian lipat lagi berulang kali sehingga hanya tinggal ekor daun.
8.       Tarik ekor daun tadi dan sematkan di celah lipatan. Hati-hati agar balutan tidak terbuka.
    9.       Kemaskan / ketatkan balutan dengan cara menarik ekor daun kuat sedikit. Jangan tarik terlalu kuat kerana daun palas akan terkoyak.
       10.   Kemudian simpulkan ekornya bagi mematikan balutan dan juga untuk mengelakkan air dari masuk ke dalam ketupat bila direbus.


TIP :

Ø  Kelongsong ketupat yg dibuat dlm kuantiti yg byk perlu ditutup dgn kain yg lembap agar daun menjadi lembut dan tidak mudah terkoyak apabila membuka kembali untuk memasukkan pulut.
Ø  Sebaiknya guna beras pulut susu utk rasa yg lbh lemak.
Ø  Ketupat yg tlh siap dibalut blh juga dimasukkan ked lm bekas yg bersesuaian dan disimpan di bhgn sejuk beku dan direbus atau dikukus bila perlu.




*0keh sbnrnya ni tuk diri aku sendiri....mana lah tahu aku nk cuba buat suatu hari nt bila dah kawen kelak....haha.....ntah bila la tu....
padahal tiap2 thn tgk je ma buat...tp tak pandai2 gak...alah stakat tlg gitu2 jer...huhu





p/s : hasil maklumat drp surat khabar baru...huhu...mega

yg benar2 tulis:

No comments: