Seorang buta cuba melintas jalan. Dia adalah seorang lelaki dalam linkungan umur 30-an. Sedang melintas jalan secara tiba-tiba dia telah dilanggar oleh sebuah kereta. Pemandu itu membrek secara mengejut. Pemandu tersebut keluar daripada kereta.
“En. tidak apa-apa kah? Maafkan saya tidak perasan akan Encik”, tiba-tiba keluar satu suara. Suara itu rupa-rupanya adalah milik seorang perempuan. “Oh! Saya okey sahaja” jawab lelaki itu pantas. Sebenarnya kereta yang dipandu tadi agak laju dan perempuan itu tidak sedar kerana asyik dengan telefonnya.
“Marilah saya hantar saudara ke hospital” kata perempuan itu lagi. “Eh, tak apalah! Sikit je ni”. “Kalau macam tu saya hantar saudara ke mana saudara hendak pergi”, beritahu perempuan dengan ikhlas. “Hmm… masuklah” pelawa perempuan tersebut sesudah membuka pintu kereta.
“Saya Taswin. Cik nama apa?” kedengaran suara lelaki itu memecahkan kesunyian. “Oh, my name is Miranda”, jawab perempuan itu sambil tersenyum walaupun tahu lelaki tersebut tidak akan nampak. “Taswin nak ke mana?” tanya Miranda. “Saya nak balik. Rumah dekat sini saja”. “Erm, awak ni cacat penglihatan kah?” sengaja Miranda bertanya begitu. “Ya”, jawab Taswin sambil mengangguk kepalanya sekali. “Kereta ini ada bau pensteril. Adakah awak seorang doktor, Cik Miranda?” tiba-tiba Taswin bertanya. “Oh tidaklah”… “Eh awak nak minum? Saya ada coffee, baru beli tadi” Miranda cuba mengalih topic perbualan mereka daripada berbicara soal kerja. “Terima kasih saja. Saya tak haus pun”. Selepas itu, senyap kembali hanya dengar bunyi radio antara dengar dan tidak dengar.
Tiba-tiba terdengar suara orang meminta tolong bersahut-sahutan. Bunyi itu macam dekat tapi perlahan. Bagi orang buta macam aku memang tajam pendengaran. “Eh Cik Miranda dengar suara orang minta tolong la” kata Taswin pada Miranda. Miranda kerling pada Taswin sebelum menjawab, “Mana ada, tak dengar pape pun, erm mungkin bunyi daripada radio kot”. “Mih kita tukar channel lain, THR ke banyak lagu yang best-best”, sambung Miranda lagi sambil menguatkan volume.
Malam menjelma selepas matahari terbenam. Kelihatan seseorang sedang mengeluarkan ‘sesuatu’ daripada belakang kereta. Perbuatannya itu tidak disedari oleh sesiapa. Rupa-rupanya ia adalah sesusuk tubuh manusia dan dia melakukan dengan berwaspada serta diletakkan atas troli lalu ditolak masuk ke dalam stor belakang rumah.
Tubuh itu adalah milik seorang lelaki. Berkulit kuning langsat dan berambut pacak. Matanya lebam macam baru lepas ditumbuk dan kulit kepalanya berlumuran darah yang hampir kering. Masih lagi bernafas tetapi sudah nyawa-nyawa ikan.
Imbas kembali… tahun 1990
Seorang gadis sedang duduk mencankung sambil bermain dengan anak kucing. Sedang asyik dia bermain, tiba-tiba kedengaran satu suara berteriak memanggil namanya dengan lantang sekali, “Inda, oh Inda!”… “Mana si budak bertuah?” gumam lelaki tersebut.
Gadis tersebut, iaitu, Inda sudah merasa kecut perut. Apa lagi yang ayahnya mahu kali ini. Pasti dia akan kena dengan lebih teruk.
“Hei, kat sini rupanya kau budak!” ujar bapanya dengan garang.
“Kau main dengan binatang ni”, kata lelaki itu lagi sambil mengambil anak kucing lalu dilempar jauh. Memang kejam… dan Inda hanya mampu melihat, bergenang air di tubir matanya. Sampai hati bapanya berbuat begitu kepada anak kucing kesayangannya.
“Kau memang nak kena dengan aku, Inda, aku panggil buat tak tahu!” leter lelaki tersebut lagi dan masuk ke dalam bilik. Kemudian keluar dengan membawa rotan di tangan. Sudah tentu Inda akan dipukul lagi. Kasihan budak itu yang tidak bersalah. Saban hari pasti akan didera.
“Ampun ayah, jangan!”… “Sakit ayah”, rayu Inda supaya dikasihani. Tetapi ayahnya seperti sudah hilang kewarasan, terus memukul tanpa henti. Inda sudah tidak tahan lagi lalu dia gagahkan diri untuk berlari ke dapur dan mengambil pisau. “Inda, buat apa dengan pisau tu, letak balik”, ujar bapanya. Tetapi Inda tidak akur dan dengan anak matanya yang tajam menikam ke wajah bapanya lalu ditikam lelaki tersebut. Darah terpercik dan terkena sedikit ke wajah Inda. Gadis itu tersenyum sinis tetapi sekejap cuma. Kini tiada siapa lagi yang akan menyiksanya.
Selepas itu Inda menjauhi mayat bapanya dan dia kelihatan murung. Lagaknya seperti orang tidak siuman sambil menghantuk kepalanya ke dinding. Masa sudah menghampiri waktu Subuh. “Inda, mak dah balik”… “Bangunlah, mak dah beli makanan tu. Lepas ni kau nak ke sekolah pulak”, laung perempuan itu lagi dari arah pintu depan.
Ibu Inda bekerja sebagai penyanyi kelab malam dan pulangnya selalu pada waktu pagi.
Kemudian perempuan itu merasa haus langsung menuju ke dapur untuk membasahi tekaknya. Setiba di dapur dia amat terkejut memandang wajah Inda yang ketakutan dan melihat tubuh suaminya sudah terbujur kaku tidak bergerak. “Inda apa dah jadi ni?” tanyanya tetapi langsung tiada suara daripada mulut Inda. Dengan itu segera dia keluar serta menghubungi pihak polis.
Waktu sekarang…2010:
Berita tentang kehilangan seorang lelaki dalam linkungan umur 25 telah keluar melalui media massa dan cetak. Pihak polis telah meminta kerjasama daripada orang ramai berhubung dengan kejadian tersebut.
Miranda terjaga daripada tidur sekitar pukul 3 pagi. Dahi dibasahi dengan peluh. Dia selalu bermimpi kisah lampau yang penuh tragedi. Kemudian dia berbaring dan cuba tidur kembali tetapi tidak boleh. Lantas dia turun daripada katil dan menuju ke rak buku. Dia mencapai satu buku yang digemarinya.
Taswin sedang menaip sesuatu di komputer yang sudah direka khas untuk kegunaan orang buta sepertinya. Dia sedang asyik membuat kerjanya sampai tidak sedar waktu sudah menginjak jauh malam. Kemudian dia meraba jam di tangannya lalu bangun pergi ke bilik air. Dia ingin berwudhu’ dan menunaikan solat Isyak serta sunat. Menyembah kepada satu-satunya yang Maha Esa.
Pagi ini Miranda bekerja seperti biasa. Dia memakai uniformnya yang berwarna putih. Miranda bekerja sebagai seorang jururawat di sebuah hospital. Dia adalah seorang yang agak mesra dengan rakan-rakan sejawatannya. Mereka amat menyenangi dengan sikap Miranda.
Pada waktu malam, seorang gadis berusia 19 tahun yang berpakaian agak seksi keluar daripada sebuah kelab. Dia kelihatan mabuk serta separa sedar. Gadis itu baru lepas berlibur dengan teman-temannya. Dia berjalan terhuyung-hayang melalui lorong yang gelap itu hanya disinari dengan cahaya bulan.
Secara tiba-tiba, muncul perempuan misteri itu dan menekup hidung gadis mabuk tersebut dengan secebis kain kecil yang dipenuhi cecair kloroform.
Memang perempuan misteri itu sedang menanti mangsanya. Kali ini sudah dapat dia agak seronok kerana sudah 2, 3 hari tidak dapat memenuhi hajatnya. Perbuatan terkutuk itu sudah menjadi sebahagian hobinya.
“Kau memang bukan perempuan baik!”, bisik perempuan itu walaupun tahu mangsanya sudah tidak sedarkan diri lagi. Lalu dia mengheret gadis itu sekuat tenaga perempuannya dan meletakkan ke dalam bonet kereta. Kemudian dia ‘start’ enjin keretanya dan berlalu pergi meninggalkan tempat tersebut.
Terkebil-kebil mata gadis itu apabila tersedar daripada tidur. Kepalanya terasa amat berat dan sangat sakit. Tempat ini begitu asing baginya. Dia gagahkan diri cuba untuk bangun daripada tempat pembaringan dan memerhati sekeliling. Bilik itu agak gelap dan hanya diterangi satu lampu sahaja. Bilik itu juga berbau busuk. Gadis tersebut merasa tidak selesa. Pada masa yangsama dia terlihat seorang lelaki masih lagi bernafas tetapi sudah tidak bermaya lagi.
Setengah jam kemudian, masuk perempuan misteri yang berpakaian serba hitam. Perempuan itu melihat gadis tersebut sudah sedar dan merengek-rengek minta dilepaskan. Bingit telinga dibuatnya. Matanya tajam menikam ke wajah gadis tersebut membuatkan gadis itu ketakutan. “Diam!” jerit perempuan itu dengan kuat. Ini membuatkan lelaki yang tidur keletihan itu membuka matanya.
Secara tiba-tiba, perempuan itu menghayunkan kayu besbol dekat kepala gadis itu. Darah membuak-buak keluar dan mengalir di pipi. Gadis tersebut merasa berpinar dan amat tidak bermaya tetapi masih lagi bernafas dengan amat perlahan. Lelaki yang berambut pacak itu cuba membantu, malangnya dia juga tidak berdaya. Perempuan yang kejam itu tersenyum puas dan ekor matanya sempat dikerling kea rah lelaki itu.
Selepas itu, perempuan misteri berjalan pergi dan memasang suis radio. Dia memasang CD lagu berlatarkan irama yang perlahan. Muzik yang kedengaran menakutkan dan dia menggemarinya. Kemudian dia mengambil peralatannya dan menghampiri gadis itu. Lalu dia menjahit luka dekat kepala gadis tersebut tanpa mempedulikan pandangan lelaki itu. Terus menjahit walaupun gadis itu sudah mati.
Seminggu yang lepas, Taswin sudah membuat laporan polis berkaitan dengan kes kehilangan lelaki. Dia berpendapat ianya mungkin berkaitan dengan Cik Miranda yang menumpangkannya tempoh hari. Ini kerana suara Miranda tiba-tiba sahaja kedengaran lain dan ini menimbulkan curiga di hati Taswin.
Kes ini diuruskan oleh Inspektor Khaled. Kebetulan Ins. Khaled merupakan teman akrab Taswin waktu di sekolah. Menurut polis kes tersebut adalah secara bersiri dan mungkin dilakukan oleh orang yang sama. Ini bukan andaian kosong semata-mata kerana apabila disiasat cara penculikan adalah lebih kurang sama. Hal ini memang amat dipandang serius oleh jabatan polis.
Miranda merasa terlalu penat apabila telah bekerja seharian. Dia berbaring di atas sofa ingin berehat lalu tertidur. Dalam tidurnya dia bermimpi lagi dengan mimpi sama. Selepas itu dia tersedar dan mendengus. Dia amat tidak suka apabila bermimpi tentang itu. Dia benci mengenangkan masa lampau. Kalau boleh Miranda mahu melupakan tetapi memang sukar sekali.
Keesokan hari Taswin mendapat pesanan ringkas daripada Ins. Khaled. Mereka akan bertemu pada waktu petang nanti.
Setiba di gerai, Taswin melihat dengan mata hatinya Ins. Khaled selaku sahabatnya sudah sedia menanti. Dia menarik kerusi lalu duduk dan hanya memesan air minuman sahaja kepada pelayan tersebut.
“What’s up, bro?” Khaled memulakan bicara. “Aku ok, biasa aje.Takde perkembangan cerita sejak dah jadi buta ni”… “Hmm, aku dengar kau nak kahwin tahun depan. Betul ke?” tanya Taswin. “Aah.Memangla kalau ikutkan perancangan.Hmm dah lama kita tak jumpa kan, lepak-lepak camni. Masing-masing busy”, ujar Khaled. Taswin mengangguk sahaja. Kemudian pelayan tadi datang membawa minuman dan perbualan mereka tergendala sebentar. “Terima kasih” ucap Taswin.
“Hmm…kau rasa boleh ingat apa-apa lagi tak berkaitan kes hilang ini?” Tanya Ins. Khaled. “Aku rasa suspek ni mungkin kerjanya ada kaitan medical” ujar Taswin. “Oh ya! Dia ada pakai gelang tangan. Dia cakap itu gelang tangan kristal pemberian ibunya” kata Taswin lagi.
“Ok, kenapa kau cakap suspek berkaitan dengan medical?”.
“Sebab di dalam kereta dia bau pensteril terlalu kuat.”.
“Hmm… suspek yang kita cari ini adalah seorang perempuan. Tidak mungkin dia buat sendirian. Pasti ada subahat”. Ins. Khaled membuat andaiannya.
“Boleh jadi”, ujar Taswin pula.
“Baiklah! Aku akan minta orang bawahan siasat lagi di hospital-hospital dan juga klinik berdekatan”.
“Hmm… apa-apa perkembangan beritahu aku” kata Taswin kepada sahabatnya.
“Nampaknya kalau kes ini tak selesai-selesai jugak, tak kahwin la aku!” Khaled berjenaka dan masing-masing ketawa. Selepas itu mereka pun bersurai.
Malam itu Taswin bersendirian di rumah. Ini kerana, adiknya Shika baru keluar daerah, berkursus selama tiga hari di Sabah. Selepas makan tadi, dia merasa bosan dan hanya mendengar radio sahaja. Ini membuatkan dia terkenang masa silam.
Taswin teringatkan kejadian yang telah membuatkan penglihatannya cacat. Dia telah terlibat dalam satu kemalangan yang dasyat. Keadaannya ketika itu terlalu parah. Doktor yang memeriksanya memberitahu kedua-dua kornea matanya sudah rosak dan tidak dapat diubati lagi. Tragedi ini sudah berlalu hampir 3 tahun dan dia tabah melalui liku-liku kehidupan selepas itu. Taswin redha dengan takdir Allah swt. dan terima sahaja dengan hati terbuka apa yang Allah berikan padanya. Mungkin ada hikmah sebaliknya.
Kedengaran bunyi telefon berdering. Lamunan Taswin terhenti serta-merta. Dia mengangkat panggilan tersebut. Suara di sana berkata, “Lebih baik kau berhenti daripada bekerjasama dengan pihak polis!”… suara itu berhenti seketika menghela nafas sebelum menyambung, “Kalau tidak kau akan tahu apa akibatnya. Mungkin akan menyesal”. “Oh ya, En. Taswin aku tahu apa yang kau buat dan juga gerak-geri, tapi kau tidak akan pernah kenal siapa aku. Ingat tu!” sehabis berkata talian terus diletakkan. “Hello, hello” tanpa sempat Taswin berkata apa-apa.
Keesokan hari Taswin menelefon Ins. Khaled. Selepas diangkat Taswin memberitahu ada seseorang yang ‘call’ cuba untuk menakut-nakutkannya. Tetapi apabila diamati suara itu bukanlah suara Miranda. Taswin bukanlah seorang penakut dan dia akan terus bekerjasama denagn pihak polis bagi emmberkas penjenayah. Dia diberitahu bahawa kini Khaled sedang mengekori Miranda, iaitu suspek utama.
Miranda baru sahaja pulang daripada tempat kerja. Dia mematikan enjin kereta. Dengan masih berpakaian uniform, dia tidak terus masuk ke dalam rumah tetapi pergi ke belakang dan memasuki stor. Dia perlu bereskan semuanya. Perempuan itu melihat lelaki yang terbaring dan terus menghampirinya. Nampaknya lelaki itu masih terjaga lagi.
“Hello, my boy!”, tegur Miranda sambil tersenyum. Wajahnya amat menggerunkan. “Tolong… jangan bunuh aku. Lepaskan aku” rayu lelaki berambut pacak dengan suara yang tersekat-sekat.
“Apa? Tolong bunuh kau” ejek Miranda sambil ketawa berdekah-dekah. Sengaja dia mempermainkan lelaki itu.
“Kau jangan harap aku akan lepaskan kau”.
“Tolonglah. Aku janji aku takkan lapor polis”.
“Pergi jalanlah dengan janji kau. Kau je yang liat nak mati”… “Hmm hari ini kau akan mampus! Aku yang berkuasa di sini”. Seusai berkata demikian, terus diambilnya pisau belati dan ditikam menusuk ke jantung. Dan lelaki itu terkulai layu.
‘Aku mesti bersih semua ini. Lepas ni aku akan cuci tangan daripada kerja ni’ gumamnya sendirian. Lepas itu dia menuju masuk ke dalam rumah untuk menukar pakaian yang serba hitam.
Hari sudah gelap, dan Miranda focus memunggah mayat-mayat tersebut yang sudah dibaluti dengan guni kain. Dia memasukkan mayat-mayat itu ke dalam bonet. Dia fikir akan mencampak kesemua mayat ke dalam sungai yang sangat dalam. Lagipun tempat itu jarang orang melaluinya.
Selepas membuang mayat tersebut, dia membasuh stor berkenaan dan memberus sisa-sisa darah kering. Miranda melakukan ini semua kerana dapat merasakan ada orang yang mengekorinya tempoh hari. Dia bukanlah perempuan bodoh!
“Hey Taswin! Wa sudah cakap sama lu. Apa pasal lu tak mahu dengar huh. Lu memang carik nahas sama gua”, kata Miranda di dalam talian. Kali ini dia menggunakan suara betulnya. “Hello, apa kau nak Miranda?” tanya Taswin.
“Kau dengar suara ni! Cam tak?”
“Hello, hello abang… tolong shika bang?” jerit Shika.
“Dengar sini Miranda. Jangan apa-apakan adik aku. Dia tidak bersalah.” Taswin bersuara cemas. “Sudah terlambat!”.
Tut,tut,tut… talian dimatikan.
Miranda terpaksa menculik Shika bagi membalas dendam. Dia tahu Shika bukanlah jahat tetapi ini perlu bagi mengajar si Taswin keparat itu. Dia kini diburu pihak polis. Selepas apa yang dilakukannya untuk mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa tetapi malang bagi dia kerana bahan bukti berjaya diperolehi.
“Khaled, Miranda culik adik aku!” telefon Taswin bagi memberitahu keadaan semasa. “What? Eh kau jangan buat sembarangan. Tunggu aku sampai” beritahu Khaled kepada sahabatnya.
Tanpa membuang masa, Taswin terus pulang ke rumahnya. Pada andaiannya mungkin mereka masih di dalam rumah kerana hari ini Shika tidak bekerja. Sesampai di rumah, dia mendapat panggilan lagi. “Kau mencari adik kau bukan. Haha… kesian bagi orang buta macam kau. Kita orang sekarang ada dekat tempat buang kereta terpakai.” beritahu Miranda. “Aku nak kau tengok sendiri bagaimana adik kau mati. Eh lupa kau ni buta!” ejek Miranda lagi. “Dengar suara pun jadilah”, kata Miranda sambil ketawa sinis.
Selepas itu Taswin menghantar pesanan ringkas kepada Khaled di mana lokasi mereka. Kemudian, sampai sahaja di tempat yang diperkatakan Taswin melilau mencari teraba-raba dengan bantuan tongkatnya. Dia melaung nama Miranda diselang-seli nama Shika.
Miranda mendengar laungan itu tetapi dia membiarkan saja sementara Shika pula sudah ditutup mulutnya dengan plaster. “Di sini! Di belakang kau”, jerit Miranda. Shika merasa kasihan kepada abangnya diperlakukan sebegitu dan dia meronta-ronta cuba melepaskan diri. Taswin berpaling dan cuba mendekati mereka tetapi dihalang oleh Miranda. “Aha…aha, no, jangan datang sebab gaung di depan ni”, katannya.
Miranda melepaskan penutup mulut dengan kasar menyebabkan Shika mengaduh kesakitan.
“Abang! Jangan risau. Shika tak pape”.
“Shika jangan takut. Abang akan selamatkan Shika”, kata Taswin.
“Wo…wo… cukup! Sudah-sudah lah berdrama. Hmm masanya sudah tiba”.
Dengan tidak semena-mena dia menolak adik Taswin ke dalam gaung. Selepas itu hanya bunyi jeritan Shika sahaja yang bergema meminta tolong.
“Shika…!” teriak Taswin dalam keadaan tidak disangka itu dan dia merasa marah dengan tindakan Miranda.
“Kau yang paksa aku Taswin”. Kemudian selepas berkata begitu Miranda cuba menyerang Taswin dengan pisau belatinya. Tetapi Taswin bijak mengelak. Walaupun dia buta tetapi system pendengarannya amat tajam berbanding dengan orang yang sempurna fizikalnya.
Selepas itu mereka berlawan sesama sendiri. Taswin lebih banyak mengelak kerana baginya bukan diri dia untuk mengkasari perempuan walau perempuan itu tidak sebaik mana.
Sebelum menjadi buta Taswin adalah seorang jaguh silat, jadi dia bijak mengawal pergerakannya. Manakala, Miranda pula pernah belajar Tae Kwan Do, ini menyebabkan dia sukar dikalahkan. Agak lama juga mereka bergelut.
Terdengar bunyi siren polis. Dalam keadaan Miranda dipeluk dari arah belakang oleh Taswin dengan tangan disilang ke leher perempuan itu. Dia sempat berkata angkuh, “Polis tetap takkan dapat aku!”, sebelum berjaya meloloskan diri daripada pegangan Taswin. Sepantas kilat dia melarikan diri ke dalam semak.
“Jangan lari Miranda. Awak telah dikepung!” teriak Ins. Khaled melalui pembesar suara.
“Hahaha…”, Miranda ketawa nyaring. Dapat didengari oleh mereka sebelum menikam dirinya 2 kali. Selepas itu dia menghembuskan nafasnya yang terakhir sesudah pihak polis sampai.
Berita kematian Miranda dilaporkan di dalam bulletin utama dan juga Surat khabar.
Inda pula anak gadis itu selepas membunuh bapanya dimasukkan ke dalam sekolah juvana khas untuk perempuan. Dalam tempoh pembesaran, Inda tetap tidak berubah dan dia terasa ingin membunuh lagi serta ketagih akan darah
Rupa-rupanya Inda dan Miranda aadalah orang yang sama. Ini dapat dikenal pasti dalam tempoh penyiasatan pihak polis. Manakala jiran-jiran Miranda sewaktu kecilnya, tidak menyangka Miranda akan berubah menjadi begitu sekali. Kawan-kawan di tempat kerjanya juga terkejut.
Taswin sempat pergi ke tempat pengkebumian Miranda untuk memberi penghormatan yang terakhir. Adiknya dapat diselamatkan kerana gaung itu tidak sedalam mana, cuma kakinya sahaja lumpuh buat sementara. Bagi Ins. Khaled pula, dia merasa tidak puas hati kerana suspek buruannya mati begitu saja.
Apa-apa pun taswin tetap bersyukur ke hadrat Ilahi atas apa yang berlaku dan berharap tidak terlibat lagi dengan kejadian seumpama ini. Taswin meneruskan kehidupan seperti biasa dalam keadaan dirinya yang tidak sempurna. Manakala Miranda pula jadi begitu kerana buta hati dan tidak mempedulikan agamanya serta terlalu mengikut hawa nafsu.
Moga dosanya diampunkan!
taMmat
{11pm. 8/10/13
10.05 p.m. 11/10}
ain
No comments:
Post a Comment