Namaku Arianna. Aku berbangsa Cina Sarawak. Dan aku tidak beragama. Ibu bapaku sudah lama tiada. Aku juga tidak punya adik beradik mahupun saudara mara. Jadi selepas mereka meninggal dunia, aku telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengubah nasibku di samping mencari tujuan hidupku. Orang cakap di Kuala Lumpur ada segala-galanya. Sebab itu, aku membuat keputusan tersebut.Sesampai di Kuala Lumpur, aku sudah punya kawan yang sedia membantuku. Dia adalah Malik. Aku banyak belajar daripada Malik tentang kehidupan di Kota Metropolitan ini. Malik adalah seorang kawan lelakiku yang baik. Dia sering membantuku tanpa mengharapkan balasan. Dan katanya, sewaktu di Sarawak aku sering membantunya jadi apa salahnya sekarang dia pula membantuku. Ya aku faham niat baiknya itu. Lima tahun lepas Malik pernah tinggal di Sarawak atas urusan tugas. Selepas beberapa tahun menetap di Sarawak dan tugasnya telah selesai Malik telah pulang semula ke Semenanjung. “Hai Rian?” tegur Malik kepadaku di suatu petang. Dan aku membalasnya dengan melambai tangan sambil tersenyum. Dari kejauhan ku nampak dia masih berpakaian ofis, tentunya baru balik daripada kerja. “Malik sekejap ya, aku pergi buat air, keropok tadi aku dah goreng”, kataku kepadanya. “Ok”. Aku menghidangkan air kopi dan keropok ikan. Malik menghirup perlahan air kopi yang masih panas itu. “Em…sedap” puji Malik. “Pandai kau buat kopi ya, rasanya macam kat kedai” sambung Malik lagi dan bunyinya seperti berjenaka. “Ala kau ni..erm terima kasih la Malik”kataku sambil tersenyum. Kedengaran Malik ketawa.Sambil makan kami berbual kosong dan ada juga yang berbentuk ilmiah. Aku ada juga bertanya kepada Malik tentang agama yang dipegangnya dan setiap pertanyaanku akan dijawab secara terperinci. Kami berbual punya lama tentang topik yang menarik sampai tidak sedar waktu sudah menginjak ke angka 7. “Eh Rian, kau kerja malam ini kan?”, “Jom lah aku hantar nanti aku singgah solat mana-mana masjidlah sekejap”, kata terus Malik kepadaku. Aku hanya mengangguk sahaja.Aku bekerja di kilang. Itu pun atas bantuan Malik juga kerana kenalannya merupakan pengurus di kilang tersebut. Jawatanku hanyalah kerani sahaja. Aku tidak kisah asalkan kerjanya halal dan tidak salah di sisi undang-undang. Sejak aku bekerja di sini aku telah mendapat beberapa kawan baru. Mereka melayani aku dengan baik. Malahan tidak kisah siapa pun diriku. Bagi mereka pun orang biasa jua,jadi buat apa hendak pilh-pilih kawan. Aku senang dengan sikap kawan-kawanku ini.Sedar tidak sedar sudah hampir 2 tahun aku bekerja di kilang tersebut dan kawanku juga semakin bertambah. Tetapi Malik tetap kawan lamaku yang rapat dan tidak dilupakan walaupun di antara kami tiada perasaan cinta. Hubungan kami ini ibarat persahabatan yang sejati tanpa dicemari perasaan cinta. Kami lebih selesa berkawan. Tambahan, Malik telah mengkhabarkan berita gembira kepadaku bahawa lagi beberapa bulan dia bakal menamatkan zaman bujang. Oh tahniah buat kau Malik dan juga isteri bertuahmu itu.Hari ini seperti yang dijanjikan, aku mengikut kawan,Rina, balik ke kampungnya di Johor. Lagipun cuti di hujung minggu dan ada pula kenduri kahwin. Kebetulan sepupu perempuan Rina yang berkahwin, dan dia mengajakku sekali. Jadi aku bersetuju sahaja kerana untuk merasai suasananya pasti meriah.Selesai sahaja majlis perkahwinan, malam itu aku bersama Rina dan kedua ibu bapanya duduk bersantai di anjung rumah sambil menikmati air kopi. Kami berbual kosong. Tiba-tiba ada seseorang yang berjubah putih dan berserban melintas di hadapan rumah. Aku merasa pelik kenapa dia baru pulang sedangkan bapa Rina dari tadi lagi sudah pulang, lagipun sekarang sudah pukul 10 pm.. Lantas aku bertanya kepada bapa Rina, “ Siapa pemuda tu pakcik?”, “ Oh budak tu ya,namanya Karim. Dia duduk dekat hujung kampong sana.” Jelas bapa Rina. “Oh, habis tu kenapa dia baru pulang, sedangkan pakcik dari tadi lagi dah pulang dari surau” aku bertanya lagi. Belum sempat bapa Rina menjawab, Rina terlebih dahulu menyampuk. “Ish tak payahlah sebuk pasal dia. Budak tu bukannya betul pun”. Aku kehairanan, “Apsal kau cakap macam tu Rina?”.“Eh budak Rina ni, tak baik kau cakap begitu”, tegur ibu Rina, Mak Melah terhadap anak kesayangannya itu. Pak Abu selaku bapa Rina menjawab soalanku yang tergendala sebentar tadi. “Sebenarnya budak Karim tu sudah kematian mak bapak, jadi selepas tu dia ada mengikut pengajian daripada seorang yang bergelar ustaz ni. Tapi dengar khabarnya ajaran itu bercanggah dengan Islam yang sebenarnya. “Oh jadi dia anak yatim piatu lah ya? Kenapa tidak beritahu pada Karim tentang itu?”. Pak Abu hanya mengangguk sebelum menyambung kata, “Dah banyak kali aku nasihat si Karim tapi budak tu tak makan dek nasihat, katanya semua ajaran ketuanya tu tiada cacat celanya,hmm entahlah”. Baru aku faham kenapa Rina berkata seperti itu tadi. Kemudia aku dan Rina kemas pinggan dan cawan yang diguna tadi lalu masuk tidur. “Assalamualaikum Malik”, permulaan bicara aku bersama Malik. Aku menelefon kerana sudah agak lama tidak bersua muka dengannya. Selepas itu kedengaran suara Malik menjawab salamku dan bertanya khabar. Kami berbual tentang isu-isu semasa dan aku pinta kepada Malik untuk bertemu nanti cuti hujung minggu.Keesokan hari aku bekerja seperti biasa. Kekadang terasa bosan juga bekerja di tempat yang sama. Tetapi aku cekalkan hati selagi tidak dapat kerja lain yang sesuai aku tidak akan berhenti demi mencari sesuap nasi. Seperti yang diketahui, Rina, kawan baikku itu sudah pun berpindah kerja. Dia mendapat kerja dekat kampungnya, jadi senanglah untuk menjaga ibu bapanya. Biarpun berjauhan kami masih lagi berhubung. Hubungan persahabatan yang dibina tidak akan terlerai begitu sahaja.Seperti yang dijanjikan aku berjumpa dengan Malik di sebuah taman permainan berdekatan dengan rumahku. Aku bertanya kepada Malik perihal teman sekampung Rina. Malik juga turut mengenali Rina. Aku bercerita serba sedikit tentang Karim. Sambil berbual kami makan kacang dan minum air tin yang sempat aku singgah di 7 eleven untuk membelinya. Malik menerangkan bahawa ajaran yang diamalkan Karim itu adalah sesat yang nyata dan berkemungkinan berkaitan dengan syiah. Ini kerana mereka mengutamakan Sayyidina Ali r.a. berbanding sahabat-sahabat Nabi s.a.w. yang lain dan juga menggalakkan perkahwinan mutaah iaitu secara kontrak. Kesimpulannya, Malik memberitahuku jangan terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang sebegini dan bertanyalah kepada ulama atau kepada yang pakar tentang soal jawab agama. Oleh sebab itu, aku senang berkawan dengan Malik kerana dia menerangkan dengan ayat yang mudah untuk difahami.Setelah 3 bulan aku tidak berjumpa dengan Rina, tiba-tiba aku mendapat satu pesanan ringkas menyatakan yang dia ingin berjumpa denganku esok di waktu tengah hari. Dia datang ke KualaLumpur kerana ada urusan dengan saudaranya yang tinggal di Selangor. Alang-alang sudahdatang KL dia ingin bertemu aku sekali. Kami berjanji untuk berjumpa di café dan Rina mahu belanja aku makan. Banyak yang kami bualkan untuk melepaskan rindu setelah sekian lama tidak ketemu.“Eh, kau nak tahu sesuatu tak Arianna?”, tiba-tiba Rina bertanya begitu kepadaku. Aku menghirup sedikit air fresh orange yang aku pesan tadi sebelum menjawabnya. “Apa dia kawan?”… “Kalau kau hendak tahu markas tempat Karim belajar tu dah kena serbu dengan pihak polis”, beritahu Rina. “Oh! Bila?”. “Erm bulan lepas lagi, cuma lupa nak bagitahu kau”. “Abis tu Karim macam mana?”, tanyaku lagi kepada Rina. “Hmm Karim?...kena berkas sekali bersama ketua dan pengikut yang lain”. “Tapi kan Karim sudah bertaubat selepas tu. Dia berjanji tidak akan ikut lagi ajaran tu”, sambung Rina lagi. “Oh baguslah macam tu”. Selepas itu, Rina membayar bil dan kami beredar daripada café tersebut. Dan aku sempat mengucapkan terima kasih kepada Rina selepas berjanji akan berjumpa lagi satu hari nanti. Di waktu keheningan malam hujan yang renyai-renyai, aku memikirkan kata-kata Rina tempoh hari bahawa Karim sudah bertaubat daripada mengamalkan ajaran sesatnya itu. Berita itu turut aku khabarkan kepada Malik dan Malik mengucapkan syukur kepada Ilahi. Aku sebenarnya merasa hairan bagaimana orang-orang ini termasuk Karim boleh tersesat sedangkan yang aku tahu ajaran Islam ini mudah. Sememangnya masih banyak lagi yang aku perlu pelajari tentang agama yang suci ini.Karim memberitahu dia menjadi mudah tersessat adalah kerana ibu bapanya mati awal maka tiada tempat untuk mengadu ataupun bertanya. Ketika dia sedang mencari arah tujuan hidup dan ingin mendalami ilmu agama, waktu itulah muncul seorang ustaz yang kelihatan begitu ikhlas ingin membimbingnya. Lalu Karim mengambil keputusan untuk mengikut sahaja apa yang ditunjuk ajar oleh ‘ustaz’ berkenaan tanpa memikirkan kesannya, lagipula dia sememangnya jahil tentang ilmu agama sebelum ini. Selepas diberkas oleh pihak berkuasa barulah dia sedar dan menyesal.Perkara ini aku ketahui melalui Rina yang menelefon aku petang kelmarin setelah dia berjumpa dan berbual dengan Karim. Apabila aku fikir kembali, Karim bernasib baik daripada terus melakukan kesilapannya dan bernasib malang kerana kematian awal ibu bapa. Tetapi bagaimana pula dengan anak-anak muda yang tersesat disebabkan ilmu diturunkan oleh ibu bapa mereka sendiri. Ini sememangnya boleh mengundang bahaya kerana sejak awal diajarkan dengan ajaran tidak betul.Lagi 2 hari, aku akan bertolak ke Cameron Highland yang terletak di Pahang. Tujuan aku adalah untuk bercuti setelah sekian lama asyik bekerja sahaja. Aku sudah mohon cuti awal-awal lagi daripada ketua selama 3 hari. Jadi percutian aku kali ini agak lama iaitu 5 hari 4 malam dan aku amat gembira. Aku akan berseronok sepuas hati apabila tiba di sana kelak walaupun aku hanya pergi seorang diri.Tiba di Cameron Highlands lebih kurang dalam pukul 3 p.m. Selepas ‘check-in’ di homestay yang ditempah, aku menuju ke bilik untuk meletak barang terlebih dahulu sebelum membeli makanan. Aku merasa begitu lapar kerana belum menjamah makanan untuk waktu tengah hari ini. Kemudian aku makan dengan penuh berselera di gerai yang berdekatan dengan tempatku menginap. Petang ini aku merancang hendak pergi ke ladang strawberi. Tidak sabar rasanya kerana memang itu salah satu tujuan utama aku datang ke Cameron; nak merasa buah strawberi yang segar dan makan di ladang itu juga, seperti yang aku lihat cerita di tv…hehe!Matahari sudah lama terbenam dan menggantikan dengan bulan pula bagi menyinari di malam hari. Aku merasa bosan dan menghiburkan diri dengan menonton rancangan di televisyen sahaja selepas menjamu makan malam di sebuah restoran yang menyajikan makanan Thai. Tadi petang aku tidak jadi keluar untuk berkunjung ke ladang strawberi kerana tiba-tiba hujan turun. Aku merasa hampa sedikit. Mungkin esok petang sahaja aku pasti akan pergi ke sana, harap harap esok cuaca baik.Aku bangun lambat pada pagi ini kerana cuaca yang terlalu sejuk. Oleh sebab itu, aku bermalas-malasan di atas katil dahulu. Pada pukul 10 pagi baru aku bangun untuk bersiap-siap keluar bersarapan. Aku mengisi perut dengan dua keping roti bakar dan sebiji donut serta air milo panas. Sambil makan aku berbual sekejap dengan tuan kedai di situ. Mak Kiah iaitu tuan kedai tersebut mengatakan ada air terjun yang berdekatan dengan rumahnya. Kalau aku hendak pergi dia boleh bawa aku petang nanti. Mesti seronok kalau dapat mandi air terjun sekali-sekala, lalu aku bersetuju sahaja. Aku bernasib baik kerana ada Mak Kiah yang baik hati itu. Memang seharusnya berterima kasih kepada Mak Kiah.Selepas bermandi-manda aku terus pulang ke homestay untuk bersalin pakaian untuk pergi ke ladang strawberi pula. Memang sangat seronok dapat pergi ke tempat air terjun serta mandi sepuas-puasnya dan menghabiskan masa hampir 2 jam di tempat air terjun tadi. Tepat pukul 5.30 pm. Aku tiba di ladang strawberi. Selepas bayaran masuk dilakukan, aku melawat sekitar ladang strawberi yang luas ini. Memang nampak cantik pemandangan di ladang ini. Sambil itu aku curi-curi memetik buah strawberi yang masak ranum dan memang manis rasa buahnya. Sedap betul buah strawberi ini dan aku lebih menyukai rasanya yang manis-manis masam itu. Setelah puas melihat sekitar aku keluar daripada ladang strawberi tersebut dan membeli 4 bungkus strawberi. Selain itu aku juga membeli sayur-sayuran segar yang terdapat di sana.Lapan pagi adalah waktu yang sesuai untuk keluar daripada bilik. Aku pergi bersarapan sebelum menuju ke ladang teh. Sudah hari ke-3 , aku berada di Cameron Highland. Aku meninjau ladang teh dengan senyuman meniti di bibir sambil mengambil gambar.Terasa nyaman berada di sini. Semalam pun aku turut bergambar di ladang strawberi. Aku meminta tolong daripada orang di sana untuk tangkap gambarku.Sedang asyik aku melihat pemandangan yang cantik ini, aku telah ditegur oleh seseorang. Dia memperkenalkan dirinya adalah Aqif Raqib. Dia memberitahu ladang teh ini adalah milik datuk saudaranya. Aku lihat dia amat mesra orangnya. Pada mulanya aku membahasakan dengan panggilan Encik di hadapan namanya, tetapi dia menyuruh aku supaya panggil Aqif sahaja. Aqif menawarkan aku untuk mengajar cara petik daun teh yang betul dan aku amat berterima kasih padanya. Nampaknya aku akan dapat daun teh yang segar secara percuma. “Apa Aqif buat di sini? Memang tinggal di sini juga ke?”, tanyaku padanya. “Oh tidak. Kebetulan saya ada ceramah di sini, kebetulan saja, jadi saya datang melawat datuk saudara sekali” kata Aqif. Dia turut mengatakan bahawa dia menegur aku apabila melihat aku keseorangan sahaja. Kemudian dia mengajak aku minum. Sambil minum aku turut berbual dengan datuk saudaranya. Datuk saudara Aqif memberitahuku bahawa Aqif Raqib adalah seorang ustaz tetapi sudah berhenti mengajar di sebuah sekolah Maahad Tahfiz. Sekarang menjadi penceramah bebas dan seorang pendakwah. Aku hanya mengangguk kepala sahaja apabila diberitahu tentang itu. “Jadi kena panggil ustaz Aqif la ni ya?... sesuai gelaran itu dengan awak”, aku berkata padanya. Dan dia hanya menggeleng sedikit sambil tersenyum.Semenjak aku kenal dengan Ustaz Aqif Raqib, kami selalu berhubung. Kini aku adalah seorang mualaf. Aku sudah pun memasuki Islam, agama yang suci ini, untuk aku anuti sampai ke akhir hayat. Aku tetapkan hati untuk masuk Islam selepas beberapa hari pulang daripada Cameron dan kini sudah hamper sebulan aku seorang Muslim. Aku berbangga dapat jadi seorang Islam dan merasa sungguh gembira kerana akhirnya diberi hidayah untuk memeluk agama ini. Aku beruntung kerana kenal dengan Ustaz Aqif. Oleh sebab itu, aku meminta Ustaz Aqif untuk mengajar aku tentang agama Islam dengan lebih mendalam lagi. Dia bersetuju sahaja dan gembira dengan keputusanku yang sudah masuk Islam.Ustaz Aqif adalah orang yang betul untuk mengajar aku tentang agama islam. Aku berharap tidak akan tergelincir dalam kesesatan. Semasa aku mula-mula hendak masuk Islam, aku khabarkan kepada Malik dan dia turut menjadi saksiku. Malik amat bersyukur kerana aku memilih Islam untuk dijadikan pegangan hidup. Teringat kepada Malik dan sudah agak lama aku tidak bertemunya dan kini dia sudah mempunyai sepasang anak kembar. Aku merasa gembira untukya.Perkenalan antara aku dan Ustaz Aqif Raqib sudah menjangkau sebulan lebih. Dan selama itulah aku pelajari agama Islam daripadanya. Ustaz Aqif memberanikan dirinya dan telah melamar aku untuk menjadi isterinya bagi menghalalkan hubungan antara kami. Lagipun aku dan dia selalu berjumpa jadi tidak elok. Dia turut mengatakan bahawa dia sudah lama menyukai aku dan kini terpulang kepada aku untuk memberikan keputusan. Aku memikirkan perkara ini selama dua, tiga hari dan aku telah bersetuju untuk berada di sisinya secara sah.Kini aku terasa bahagia telah menjadi isteri kepada Ustaz Aqif. Cara panggilanku juga sudah berubah iaitu ‘abang’, tetapi kadang-kadang apabila bergurau dengannya sengaja aku panggil dia Ustaz Aqif. Aku akan cuba membahagiakan hidup Aqif setiap masa selagi aku terdaya dan diizinkan Allah. Sekarang dengan menjadi isteri dia lebih memudahkan aku untuk pelajari agama Islam. Setiap malam selepas solat Isyak dia akan memberi tazkirah padaku. Ini tindakan yang betul apabila aku memilih dia untuk setia sampai ke syurga dan jalan ini yang kupilih untuk kekal sebagai seorang Islam sampai tidak bernyawa lagi di dunia ini. Pada-Mu Ya Rabb aku bersujud.
6pm – 8/10/13: Tuesday
ain
End…
No comments:
Post a Comment