Monday, 30 June 2014

Tips Berpuasa Si Cilik~

Antara Tip Berpuasa untuk Si Cilik:-

-kekal aktif & dehidrasi-

Tip bagi membantu kanak2 :


  1. Pastikan anak-anak mandi dengan betul bagi menyegarkan minda mereka sebelum pergi ke sekolah waktu pagi dan pada waktu petang ketika pulang ke rumah.
  2. Pastikan anak-anak tidur awal lebih kurang pukul 9 pm agar mereka boleh menyimpan tenaga lebih untuk digunakan keesokan hari.
  3. Jangan biarkan anak-anak membantu anda di dapur sekiranya anda tahu mereka tidak boleh menahan godaan makanan yangh bakal dihidangkan untuk berbuka.
  4. Bagi semangat kepada anak-anak anda untuk mengelak daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa termasuk tarikan makanan seperti makanan ringan di kaunter kedai, kafe dan restoran.
  5. Beri pujian dan insentif untuk setiap hari mereka berjaya puasa penuh.
  6. Rancang aktiviti dalaman seperti membaca dan permainan untuk menarik perhatian mereka dikala mereka mula berasa lapar dan dahaga.
  7. Menggalakkan kanak-kanak untuk bersahur setiap pagi.
  8. Ibu bapa digalakkan mengambil anak-anak dari sekolah supaya mereka tidak keletihan dari berjalan pulang ke rumah.



~google image~
BERPUASA mengajar anak menghargai rezeki dan makanan






p/s: maklumat ini daripada surat khabar baru...huhu..mega






yg benar2 tulis:

Sunday, 29 June 2014

Bulan Ramadhan...Puasakah Kita?? :)

Bulan Puasa Kali ini jatuh pada tarikh 29 Jun bg tahun 2014 bersamaan hari Ahad....



Fakta-Fakta yg perlu kita tahu Di Bulan Ramadhan-) :-


  • Persediaan Ramadhan

            -> Berdoa dipertemukan Ramadhan
            -> Perbanyakkan taubat
            -> Azam tadabbur al-Quran
            -> Merancang Ramadhan terbaik


  • Memperoleh Ramadhan terbaik
              -> Mengharap bantuan Allah
              -> Melakukan amalan satu demi satu sehingga menjadi tabiat (istiqamah)
              -> Berdikit2 dalam membaca al-Quran
              -> Tetapkan waktu, tempoh dan tempat yang khas tuk setiap amalan
              -> Meraikan usaha kejayaan amalan sendiri
              -> Bijak melakukan amalan



  • Amalan Sunnah sepanjang Ramadhan
              -> Melewatkan bersahur dan menyegerakan berbuka
              -> Solat berjemaah
              -> Solat sunat
              -> Mengeluarkan zakat dan sedekah



              -> Memabaca al-Quran
              -> Berdoa
              -> Menjauhi perkara mungkar
              -> Giat beribadah dan beriktikaf pada 10 hari terakhi Ramadhan



               



~google image~
AMALAN Berpuasa perlu diterapkan seawal umur kanak2!

~google image~

BUKAN hanya memperbanyakkan amalan, penyucian dosa juga penting dilakukan sepanjang Ramadhan.

~google image~
AMALAN Bersedekah pada bulan Ramadhan dijanjikan ganjaran berlipat ganda daripada ALLAH SWT.




p/s : hasil maklumat ini daripada surat khabar baru...huhu...mega.


jgn tak puasa 0k...-D


yg benar2 tulis:

Wednesday, 25 June 2014

Siapa ada Tekanan Darah Rendah....bacalah ini~

tekanan darah rendah berisiko membawa maut!

Inf0:
Menghilangkan Rasa Pening
1. ini bergantung kpd apa yang menyebabkan anda berasa pening

Mengganggu Tugasan Harian
ini mungkin juga 1 cara badan anda memberitahu bahawa anda memerlukan penambahan tenaga

Menghilangkan Rasa Pitam
walaupun ini perkara biasa, jgn pandang ringan

Gejala Tekanan darah Rendah
- pening dan sakit kepala
- pitam
- daya fokus kurang
- penglihatan kabur
- loya



p/s: hasil maklumat drp surat khabar baru..huhu..mega











Sunday, 22 June 2014

k0rang tahu definisi Doula?






Apa itu Doula???



  • Doula telah diasaskan oleh seorang wanita di negara Australia.
  • Doula ini sebenarnya satu kumpulan individu yang dilatih untuk menemani ibu bersalin.
  • Mereka turut dilatih membantu mengurangkan rasa sakit bersalin, sebagai contoh hypnobirthing dan bersalin dalam air untuk mengurangkan rasa sakit bersalin.
  • Doula turut memberi pilihan kepada ibu tentang cara bersalin sama ada posisi duduk, baring atau bertinggung.
  • Doula juga mempelajari teknik urutan bagi melegakan kesakitan ibu yang mahu bersalin.


p/s : hasil maklumat drp surat khabar baru...huhu..mega








                                                                                                   yg benar2 menulis:














Friday, 20 June 2014

Tingkatkan Keselamatan rangkaian!!



anda tahu apakah cara untuk meningkatan keselamatan rangkaian komputer setempat berwayar???
di bawah ada jawapannya....



Langkah 1 : pelaksanaan enkripsi terhadap keseluruhan sambungan rangkaian dgn mgunakan protokol keselamatan, IPSec

2 : pengunaan perkhidmatan Virtual Private Network utk sambungan 

3 : penggunaan teknologi 802.1x utuk proses pengesahan dlm rangkaian komputer

4 : implementasi teknologi rangkaian komputer setempat secara maya                              









Inovasi Dalam Pertanian.....

info:


  1. penanaman sayuran secara fertigasi gantung sama seperti kaedah fertigasi biasa
  2. kaedah ini sesuai untuk tanaman sayuran jenis buah
  3. jarak antara baris seluas 12 kaki penting untuk memudahkan kerja2 menggunakan jentera
  4. sistem para dibina mgunakan kayu penyokong
  5. kos permulaan projek iaitu kos tetap antara rm 25 ribu & rm 30 ribu sehektar
  6. bagi setiap hektar kawasan dapat memuatkan antara 45 ratus dan 5 ribu polibeg
  7. purata kos bagi setiap polibeg adalah rm2.50 - rm 3
  8. penanaman kaedah fertigasi gantung dapat memanjangkan tempoh pengutipan hasil selama seminggu
  9. dapat mencapai jumlah pengeluaran sehingga 46 tan metrik / ha



pst..; petani guna teknologi fertigasi gantung raih pendapatan lumayan l0rh



p/s: hasil maklumat berguna ini daripada surat khabar baru...huhu..mega






                                                                                                    yg benar2 menaip:



Monday, 9 June 2014

Rawat Sakit Tumit!!







CARA RAWATAN MELEGAKAN SAKIT TUMIT
-       Rehatkan kaki jika sakit dan kurangkan aktiviti
-       Tuamkan ais di bahagian tapak kaki 2-3 kali sehari
-       Lakukan regangan kaki sekurang2nya 3 kali sehari
-       Pakai gel @ heel support untuk mengurangkan tekanan pada bahagian tumit
-       Pilih kasut yang sesuai untuk pemakaian harian atau bersenam
-       Pemakaian night splints @ orthotics juga dinasihatkan agar kaki berada dalam kedudukan yang tegak sepanjang malam


p/s: sumber dari surat khabar baru…huhu…mega







                                                                                                                             

Monday, 2 June 2014

Happy:D)





It might seem crazy what I’m about to say
Sunshine she’s here, you can take a break
I’m a hot air balloon that could go to space
With the air, like I don’t care baby by the way
 [Chorus:]
 Because I’m happy
 Clap along if you feel like a room without a roof
 Because I’m happy
 Clap along if you feel like happiness is the truth
 Because I’m happy
Clap along if you know what happiness is to you
Because I’m happy
Clap along if you feel like that’s what you wanna do
 [Verse 2:]
Here come bad news talking this and that, yeah,
Well, give me all you got, and don’t hold it back, yeah,
 Well, I should probably warn you
 I’ll be just fine, yeah
, No offense to you, don’t waste your time
Here’s why
 [Chorus]
 Hey, come on
[Bridge:]
 (happy)
 Bring me down
 Can't nothing bring me down
 My level's too high Bring me down
Can't nothing bring me down I said
 (let me tell you now)
 Bring me down
Can't nothing bring me down
My level's too high Bring me down
Can't nothing bring me down I said
[Chorus 2x]
 Hey, come on



ps: ini lgu yg sy tgh dgr...best juga.....by pharrel william the singer....^__^






Sunday, 1 June 2014

Lawan Mati.....





“Hey………………serang!” laung Kid kepada anak buahnya. Masing-masing pegang kayu besbol sebagai senjata bersedia untuk berlawan. Tapi lawan mereka itu hanya seorang lelaki. Lelaki itu tanpa rasa gentar berlari ke arah sekumpulan musuhnya. Dia melawan dengan penuh rasa yakin tanpa takut akan kekalahan walaupun dia keseorangan ketika itu. Tiba-tiba dengar satu suara, “ Woi,….teruklah kau Kid! Lawan dia seorang, apa kau dah jadi pengecut ke sekarang  ni…huh?”. Itu suara Ben, anak buah dan merangkap penolong kanan kepada KasHah. Kashah itu kawan baik kepada lelaki yang sedang berlawan seorang itu. Pergaduhan terhenti seketika. Mendengar kata-kata Ben itu membuatkan Kid menjadi semakin berang. “kau jangan cakap banyak lah, bangsat!”

Maka pertempuran sengit antara kedua buah kumpulan diteruskan. Pergaduhan itu terjadi sampai ke titisan darah yang terakhir. Ringgo yang merupakan kawan baik Kid hanya berdiri diam di satu sudut dan menyaksikan sahaja pertempuran itu. Dalam sengketa ini dia malas mahu masuk campur lagi. Kebanyakan orang Kid sudah pun tumbang. Kid yang keletihan dengan nafas tercungap-cungap, memandang teman-teman seperjuangan yang tumbang itu. “Sudah …jom blah”, Ringgo menjerit apabila nampak akan kekalahan di depan mata. Mereka semua bersurai.

Pagi itu dengan lebam di muka, mereka tetap ke sekolah seperti biasa. Masuk di dalam kelas, cikgu menegur kenapa dengan muka itu. Ben yang menjawab bagi pihak mereka, “Tiada apa-apa lah cikgu!”. Dan pengajaran diteruskan seperti biasa. Di dalam kelas ada yang menumpukan pada pelajaran dan ada juga yang sudah ketiduran.

Balik daripada sekolah, Kashah dan anak buahnya berkumpul di tempat yang sudah menjadi port mereka selama ini. Ben menceritakan kepada ketuanya apa yang berlaku semalam. Tiada Kashah pada masa itu kerana bagi dia perkara itu hanya remeh sahaja dan mereka pun boleh selesaikannya tanpa kehadirannya.
Di satu sudut Ringgo tenang memikirkan strategi baru untuk mengalahkan musuhnya. Kid baring sambil kakinya disilangkan sibuk bermain game dalam telefon. Permainan dihentikan seketika, “Apa yang kau pikirkan tu Ringgo?”.  Ringgo hanya menjeling sahaja dan pertanyaan itu dibiarkan berlalu sepi. Kid meneruskan kembali permainannya tadi.  Beberapa minit kemudian Ringgo bersuara menyatakan strategi barunya itu kepada gengnya.

Malam itu hujan di hujung minggu. Melihat air hujan yang mengalir di tepi tingkap. Fikiran lelaki itu kosong tatkala itu. Kerja sekolah menimbun masih belum disiapkan. Seolah-olah dia tiada mood. Malah untuk keluar rumah pun kaki tidak mahu melangkah. Walaupun malam itu kebiasaannya dia akan keluar melepak bersama kawan-kawan. Tiba-tiba….

“Ejim…..!” Satu suara memanggil-manggil nama lelaki itu. “Adoi sapa pulak yang kacau memalam buta ni…getus hati kecil lelaki itu. Bila pintu di buka, tersembul wajah Ben. “Huh, kau Ben! Apa kau nak ni….tak boleh tengok orang senang sikit?”. Ben buat muka seposen dan tersengih sahaja. “Kau buat apa tu?” tanya Ben…dan pertanyaan itu dibiarkan sepi. “Ok macam ni, malam ini ada pertarungan antara kita dengan Kid tak guna tu”…. “jomlah” sambung Ben lagi. “Ish…takde hari lain ke? Malam ni jugak….adoi!”, sahut Ejim membalas kata-kata Ben. “Cakap je kat b0s kau, aku malas!” kata Ejim lagi.

Ben berusaha memujuk Ejim, “Eh jomlah… jangan camtu kawan. Cepat sikit siap aku tunggu kat luar”. Pintu bilik ditutup. Kemudian Ejim keluar daripada biliknya dan mereka segera menuju ke tempat yang ditetapkan dengan menaiki kereta sport Ben. Tempat tu lebih kurang 20 minit perjalanan. Sampai sahaja mereka terus keluar daripada kereta dan mendapati dua buah kumpulan tersebut sudah sedia menunggu. Ejim berada di tepi Kashah. Dilihat Kid bangun dari tempat duduknya. “Akhirnya sampai juga kau!”…. belum sempat Kid berkata apa-apa lagi, Ben menyampuk… “Mulakan lah, apa tunggu lagi”. Kid menjeling ke arah Ringgo sambil itu dia bersedia memegang kemas kayu pemukul. Selepas itu kayu pemukul itu dilibas kuat ke arah Ejim. Ejim sempat mengelak namun malang untuk Ben kerana terkena pada kepalanya. Kelihatan darah pekat mengalir dari atas kepala dan melalui pipi sebelum membasahi bajunya dengan cecair merah itu. Tetapi Ben masih lagi bertahan dan mampu melawan musuhnya.

Hujan masih lagi belum berhenti mambasahi bumi. Rentak perlawanan juga terus berlangsung. Setelah menumpaskan yang lain-lain, kini Ejim berhadapan dengan musuhnya yang nyata iaitu Kid. Tumbukan cuba dilepaskan ke muka Ejim tapi tidak mengena kerana Ejim bijak mengelak. Giliran Ejim untuk menendang ke arah Kid dan Kid terundur ke belakang. Masih tidak mahu mengalah, perlawanan sengit diteruskan jua. Sementara itu, Ben dengan pipinya yang dibasahi darahnya sendiri sedang berlawan dengan bukan calang-calang orang baginya, iaitu Ringgo.

Sememang teknik yang digunakan Ringgo ternyata lagi hebat kalau dibandingkan dengan Ben. Akhirnya Ben tumbang tidak sedarkan diri lagi selepas teruk dibelasah. Darah membuak-buak keluar dari tubuh Ben. Keadaannya yang cedera parah itu sukar untuk diselamatkan lagi.  Kini setelah salah seorang lawan antara yang kuat tumpas, Ringgo beralih arah kepada Ejim. Mereka bergabung tenaga untuk mengalahkan Ejim.
Berpusing sesama mereka untuk seketika sebelum memulakan langkah menyerang. Kemudian Ringgo yang mulakan dahulu serangan tersebut dan hampir-hampir mengena Ejim. Tetapi Ejim itu bijak orangnya kerana dia tahu teknik serangan yang dimainkan lawannya itu. Kini giliran Kid serang dan Ejim tidak mengelak terkena sikit di tepi matanya. Ejim lebih banyak mengelak daripada menyerang. Bukanlah bermakna dia penakut tetapi tidak mahu terlalu awal permainan itu ditamatkan.

“Angkat Ben ni, hantar dia ke hospital dulu nanti aku menyusul”, kata Kashah kepada dua orang anak buahnya yang masih tinggal. Melihat keadaan Ben yang cedera teruk berbanding yang lain. Kemudian Kashah menyertai Ejim. Dia akan bantu Ejim kerana dia sudah penat dan mahu terus perlawanan itu habis. Mereka bergilir-gilir berlawan, sekejap Ejim dengan Ringgo dan sekejap Kashah dengan Kid.  Sehinggalah hujan hampir reda dan Kid sudah tidak berdaya lagi. Manakala Ringgo sudah pun terlentang jatuh tetapi masih lagi dalam keadaan sedar. Ringgo membiarkan sahaja air hujan menitik ke atas mukanya.

Kashah memberi ruang kepada sahabat baiknya dan musuh nyata mereka untuk teruskan perlawanan itu. Biar masa dan keadaan yang menentukan siapa paling hebat antara mereka berdua. Beberapa minit kemudian perlawanan itu terhenti. Dan ternyata Ejim mempunyai kekuatan yang luar biasa. Kid kalah jua di tangannya. Kid hanya mampu menyerah kalah. Selepas itu Ejim terus angkat kaki bersama dengan Kashah. Mereka berdua naik motor besar serta memecut laju meninggalkan tempat tersebut.


Di hospital keadaan menjadi tegang. Ben dirawat di dalam bilik ICU. Doktor memaklumkan bahawa Ben tidak sedarkan diri dan berkemungkinan akan berada dalam koma. Hanya masa yang akan menentukan segalanya. Semua pengikut dan boleh dikatakan kawan baik menunggu di luar bilik rawatan nampak kecewa dengan berita tersebut. Manakala Ejim pula kelihatan menumbuk dinding seperti tidak percaya dengan berita yang baru didengarnya. Dia tidak menyangka perkara ini akan terjadi kepada Ben dan menyalahkan dirinya sendiri. Kashah cuba menenangkan diri Ejim dan Kashah juga turut merasa terkilan kerana Ben adalah orang kepercayaannya. Selepas itu, mereka beransur pulang ke rumah. Akhirnya yang pasti mereka akan tuntut bela ke atas apa yangberlaku kepada Ben. Lebih- lebih lagi Ejim akan membalas dendam.


The End!