“Hey………………serang!” laung Kid kepada anak
buahnya. Masing-masing pegang kayu besbol sebagai senjata bersedia untuk
berlawan. Tapi lawan mereka itu hanya seorang lelaki. Lelaki itu tanpa rasa
gentar berlari ke arah sekumpulan musuhnya. Dia melawan dengan penuh rasa yakin
tanpa takut akan kekalahan walaupun dia keseorangan ketika itu. Tiba-tiba
dengar satu suara, “ Woi,….teruklah kau Kid! Lawan dia seorang, apa kau dah
jadi pengecut ke sekarang ni…huh?”. Itu
suara Ben, anak buah dan merangkap penolong kanan kepada KasHah. Kashah itu
kawan baik kepada lelaki yang sedang berlawan seorang itu. Pergaduhan terhenti
seketika. Mendengar kata-kata Ben itu membuatkan Kid menjadi semakin berang. “kau
jangan cakap banyak lah, bangsat!”
Maka pertempuran sengit antara kedua buah
kumpulan diteruskan. Pergaduhan itu terjadi sampai ke titisan darah yang
terakhir. Ringgo yang merupakan kawan baik Kid hanya berdiri diam di satu sudut
dan menyaksikan sahaja pertempuran itu. Dalam sengketa ini dia malas mahu masuk
campur lagi. Kebanyakan orang Kid sudah pun tumbang. Kid yang keletihan dengan
nafas tercungap-cungap, memandang teman-teman seperjuangan yang tumbang itu.
“Sudah …jom blah”, Ringgo menjerit apabila nampak akan kekalahan di depan mata.
Mereka semua bersurai.
Pagi itu dengan lebam di muka, mereka tetap
ke sekolah seperti biasa. Masuk di dalam kelas, cikgu menegur kenapa dengan
muka itu. Ben yang menjawab bagi pihak mereka, “Tiada apa-apa lah cikgu!”. Dan
pengajaran diteruskan seperti biasa. Di dalam kelas ada yang menumpukan pada
pelajaran dan ada juga yang sudah ketiduran.
Balik daripada sekolah, Kashah dan anak
buahnya berkumpul di tempat yang sudah menjadi port mereka selama ini. Ben
menceritakan kepada ketuanya apa yang berlaku semalam. Tiada Kashah pada masa
itu kerana bagi dia perkara itu hanya remeh sahaja dan mereka pun boleh
selesaikannya tanpa kehadirannya.
Di satu sudut Ringgo tenang memikirkan
strategi baru untuk mengalahkan musuhnya. Kid baring sambil kakinya disilangkan
sibuk bermain game dalam telefon. Permainan dihentikan seketika, “Apa yang kau
pikirkan tu Ringgo?”. Ringgo hanya
menjeling sahaja dan pertanyaan itu dibiarkan berlalu sepi. Kid meneruskan
kembali permainannya tadi. Beberapa
minit kemudian Ringgo bersuara menyatakan strategi barunya itu kepada gengnya.
Malam itu hujan di hujung minggu. Melihat
air hujan yang mengalir di tepi tingkap. Fikiran lelaki itu kosong tatkala itu.
Kerja sekolah menimbun masih belum disiapkan. Seolah-olah dia tiada mood. Malah
untuk keluar rumah pun kaki tidak mahu melangkah. Walaupun malam itu
kebiasaannya dia akan keluar melepak bersama kawan-kawan. Tiba-tiba….
“Ejim…..!” Satu suara memanggil-manggil
nama lelaki itu. “Adoi sapa pulak yang kacau memalam buta ni…getus hati kecil
lelaki itu. Bila pintu di buka, tersembul wajah Ben. “Huh, kau Ben! Apa kau nak
ni….tak boleh tengok orang senang sikit?”. Ben buat muka seposen dan tersengih
sahaja. “Kau buat apa tu?” tanya Ben…dan pertanyaan itu dibiarkan sepi. “Ok
macam ni, malam ini ada pertarungan antara kita dengan Kid tak guna tu”….
“jomlah” sambung Ben lagi. “Ish…takde hari lain ke? Malam ni jugak….adoi!”,
sahut Ejim membalas kata-kata Ben. “Cakap je kat b0s kau, aku malas!” kata Ejim
lagi.
Ben berusaha memujuk Ejim, “Eh jomlah…
jangan camtu kawan. Cepat sikit siap aku tunggu kat luar”. Pintu bilik ditutup.
Kemudian Ejim keluar daripada biliknya dan mereka segera menuju ke tempat yang
ditetapkan dengan menaiki kereta sport Ben. Tempat tu lebih kurang 20 minit
perjalanan. Sampai sahaja mereka terus keluar daripada kereta dan mendapati dua
buah kumpulan tersebut sudah sedia menunggu. Ejim berada di tepi Kashah.
Dilihat Kid bangun dari tempat duduknya. “Akhirnya sampai juga kau!”…. belum
sempat Kid berkata apa-apa lagi, Ben menyampuk… “Mulakan lah, apa tunggu lagi”.
Kid menjeling ke arah Ringgo sambil itu dia bersedia memegang kemas kayu
pemukul. Selepas itu kayu pemukul itu dilibas kuat ke arah Ejim. Ejim sempat
mengelak namun malang untuk Ben kerana terkena pada kepalanya. Kelihatan darah
pekat mengalir dari atas kepala dan melalui pipi sebelum membasahi bajunya
dengan cecair merah itu. Tetapi Ben masih lagi bertahan dan mampu melawan
musuhnya.
Hujan masih lagi belum berhenti mambasahi
bumi. Rentak perlawanan juga terus berlangsung. Setelah menumpaskan yang lain-lain,
kini Ejim berhadapan dengan musuhnya yang nyata iaitu Kid. Tumbukan cuba
dilepaskan ke muka Ejim tapi tidak mengena kerana Ejim bijak mengelak. Giliran
Ejim untuk menendang ke arah Kid dan Kid terundur ke belakang. Masih tidak mahu
mengalah, perlawanan sengit diteruskan jua. Sementara itu, Ben dengan pipinya
yang dibasahi darahnya sendiri sedang berlawan dengan bukan calang-calang orang
baginya, iaitu Ringgo.
Sememang teknik yang digunakan Ringgo
ternyata lagi hebat kalau dibandingkan dengan Ben. Akhirnya Ben tumbang tidak
sedarkan diri lagi selepas teruk dibelasah. Darah membuak-buak keluar dari
tubuh Ben. Keadaannya yang cedera parah itu sukar untuk diselamatkan lagi. Kini setelah salah seorang lawan antara yang
kuat tumpas, Ringgo beralih arah kepada Ejim. Mereka bergabung tenaga untuk
mengalahkan Ejim.
Berpusing sesama mereka untuk seketika
sebelum memulakan langkah menyerang. Kemudian Ringgo yang mulakan dahulu
serangan tersebut dan hampir-hampir mengena Ejim. Tetapi Ejim itu bijak
orangnya kerana dia tahu teknik serangan yang dimainkan lawannya itu. Kini
giliran Kid serang dan Ejim tidak mengelak terkena sikit di tepi matanya. Ejim
lebih banyak mengelak daripada menyerang. Bukanlah bermakna dia penakut tetapi
tidak mahu terlalu awal permainan itu ditamatkan.
“Angkat Ben ni, hantar dia ke hospital dulu
nanti aku menyusul”, kata Kashah kepada dua orang anak buahnya yang masih
tinggal. Melihat keadaan Ben yang cedera teruk berbanding yang lain. Kemudian
Kashah menyertai Ejim. Dia akan bantu Ejim kerana dia sudah penat dan mahu
terus perlawanan itu habis. Mereka bergilir-gilir berlawan, sekejap Ejim dengan
Ringgo dan sekejap Kashah dengan Kid. Sehinggalah hujan hampir reda dan Kid sudah
tidak berdaya lagi. Manakala Ringgo sudah pun terlentang jatuh tetapi masih
lagi dalam keadaan sedar. Ringgo membiarkan sahaja air hujan menitik ke atas
mukanya.
Kashah memberi ruang kepada sahabat baiknya
dan musuh nyata mereka untuk teruskan perlawanan itu. Biar masa dan keadaan
yang menentukan siapa paling hebat antara mereka berdua. Beberapa minit
kemudian perlawanan itu terhenti. Dan ternyata Ejim mempunyai kekuatan yang
luar biasa. Kid kalah jua di tangannya. Kid hanya mampu menyerah kalah. Selepas
itu Ejim terus angkat kaki bersama dengan Kashah. Mereka berdua naik motor
besar serta memecut laju meninggalkan tempat tersebut.
Di hospital keadaan menjadi tegang. Ben
dirawat di dalam bilik ICU. Doktor memaklumkan bahawa Ben tidak sedarkan diri
dan berkemungkinan akan berada dalam koma. Hanya masa yang akan menentukan
segalanya. Semua pengikut dan boleh dikatakan kawan baik menunggu di luar bilik
rawatan nampak kecewa dengan berita tersebut. Manakala Ejim pula kelihatan
menumbuk dinding seperti tidak percaya dengan berita yang baru didengarnya. Dia
tidak menyangka perkara ini akan terjadi kepada Ben dan menyalahkan dirinya
sendiri. Kashah cuba menenangkan diri Ejim dan Kashah juga turut merasa
terkilan kerana Ben adalah orang kepercayaannya. Selepas itu, mereka beransur
pulang ke rumah. Akhirnya yang pasti mereka akan tuntut bela ke atas apa yangberlaku
kepada Ben. Lebih- lebih lagi Ejim akan membalas dendam.
The End!
No comments:
Post a Comment