Wednesday, 30 April 2014

11 PERKARA-ELAK ANAK DEGIL

Definisi degil ialah bila seseorang itu tidak mahu mendengar kata / tidak melakukan apa yang kita minta atau membuat apa yg kita tidak mahu dia lakukan.

Ini sblas perkaranya;

1.   Hati anak selalu dilukai sehingga dia tidak merasakan kasih anda. Bila anak dpt adik, perasaannya dibiarkan. Bila marah, tiada penjelasan yg memuaskan. Anak akan degil bila hatinya menjadi ‘Closed Heart’. Ini banyak berlaku kpd remaja.
-->   kalau b0leh ibu bapa sebaik-baiknya jgn abaikan dan terangkan dengan betul kpd anak knapa lebihkan adik sebab dia kecik lg! 

2.   Bergaduh suami isteri di depan anak, sehinggakan anak tidak nampak cth teladan yang baik dari anda.
            --> nak bertengkar tu pg lah jauh2 jgn depan 0rg!jgn biarkan ank dgr apa yg ibu bapa kata kerna bila dah marah hati dikuasai syaitan!

3.   Mungkir janji dan tidak benar2 minta maaf krn tidak dpt menunaikan janji.
        -->kalu tak dpt tunaikan baik jangan berjanji apa2.anak ni ingat apa yg ibu bpa janjikan...kesian budak2!

4.   Menyuruh dan mengarah tetapi sendiri tidak melakukan. Marah anak bercakap kasar, tetapi sendiri bercakap kasar dengan anak.
--> ckp el0k2 yg baik je....sbb kata2 tu b0leh jd ikutan pd anak2!



5.   Tidak mendengar apakah pendapat anak itu. Walaupun anda tidak setuju, dengarlah dahulu.
             -->walaupun kata-kata/pendapat dia tidak seberapa tp dgrlah dulu dan lps tu bg penerangan dgn baik sampai dia paham knp pendapatnya itu tidak boleh diterima pakai!

6.   Terlampau mengikut kehendak anak, sehinggakan anak menjadi tuan. Janganlah menjadi ibu bapa yg lemah dan membiarkan shj anak2 memanjat kepala, tetapi tidak perlu juga untuk garang dan keras. Pegang teraju kepimpinan anda. Jadilah pengasih dan tegas.
-->   tegas lah dengan anak tp jgn bengkeng atau dengan meninggikan suara. biar ibu bapa yg menjadi ketua untuk anak2.biar anak tahu h0rmat org tua!


7.   Tidak mempunyai ilmu dan skil berkomunikasi berkesan yang menyebabkan payah untuk menjual idea kpd anak lalu anak tidak mengikut kata. Apabila tiada skil dan ilmu, maka ibu bapa menggunakan arah dan perintah. Ini menjadikan anak bertambah degil. Sedarilah ibu bapa kepimpinan di dalm korporat pun sudah berubah. Bos-bos yg asyik memerintah dan mengarah dibenci oleh anak buah. Corak kepimpinan sudah berubah.
-->k0munikasi itu penting.tp kadang susah utk berk0munikasi dengan anak terutama kalau tidak kena caranya... Jadi belajar lah untuk berk0munikasi dengan baik untuk anak2..praktis!

8.   Selalu mengatakan kepada anak dia degil dan selalu sangat bersangka bahawa dia degil. Ini menjadi doa. Jagalah mulut dan lidah. Jangan mudah mengeluarkan kata2 kesat yg menjadi doa yg terlafaz.
             -->ibu bapa terutama para ibu haruslah bercakap yg baik shj. kalau anak buat salah cukup ckp bertuah punya anak. dan nasihati dia dngn bijak!

9.   Anak tidak dididik utk menghormati ibu bapa. Atau cara menyuruh anak menghormati ibu bapa adlah kasar dan bukan dgn penuh kesabaran dan kasih-sayang. Maka anak tidak menghormati ibu bapa. Sebab hormat adalah sesuatu yg diberi bukan boleh dipaksa.
-->kena ajar anak untuk takut dengan ibu bapa...kna garang bertempat.mula2 takut lama akn timbul perasaan h0rmat. aku p0n macam tu jugak dulu. tp skrg kebanyakan budak dah tak takut apatah lg utk h0rmat pd 0rg tua dan ckgu...selau melawan kata walaupun dia bukan betul p0n.kena selalu ckp h0rmat lah 0rg yg lg tua drpada kita!

10.               Anak tidak dididik dgn agama. Bila tiada agama, tiadalah tiang untuk berpaut. Nilai murni pun akan mengikut apa yang sempat shj.
                --> yg ini plg penting....ajarlah ank sejak kecik lg tentang rukun iman rukun islam tu.bak kata pepatah melentur buluh biarlah dr rebungnya. Ada masa solat berjemaah dengan mereka. ajar baca al quran! jgn mengharapkan sgt pd kelas yg ibu bapa hantar tu, kna sendri jugak yg mengajar sikit2.walupun sibuk curikla masa demi ank!

11.               Elakkan mggunakan bahasa yang anak tidak faham. Gunalah bahasa yang mudah mrk fahami. Bila berkomunikasi dgn anak, jgnlah hendak menunjuk anda hebat. Tunjukkan bahawa bila dia melakukan saranan baik anda kehebatannya akan lbh meningkat.
--> alah guna bahasa ringkas dan tepat biar anak senang faham dan ibu bapa pun tak pening. kalu anak tak paham gak gantikan perkataan tu dgn perkataan lain, yg selalu dia gunakan!



~Google images~


  • Ingatlah kuncinya, ialah membina hubungan rapat antara ibu bapa dan anak.
  • Apabila anda membina hubungan dgn anak, tiada lagi perkataan degil dalam kamus anda mengenai anak anda.
  • Apabila kesejahteraan terkawal maka rezeki akan membuak-buak datangnya.
  • apapun sentiasa menadah tangan pada yg Maha Kuasa... 0keh!


p/s: maklumat ini hasil dr surat khabar baru....huhu...mega




yg benar2 tulis:

Monday, 28 April 2014

Keluarga BulataN.....


~google images~

SEJARAH RINGKAS USRAH
Ø  Usrah dikatakan telah bermula di zaman Rasulullah SAW ttapi ia lbh bersifat talaqi (berguru) iaitu Rasulullah SAW menyampaikan ajaran ISLAM selepas menerima wahyu drp Allah SWT melalui malaikat Jibril a.s.
Ø  Pembentukan usrah pertama dilaksanakan di rumah al-Arqam bin Abi Arqam di Mekah dan kemudiannya diteruskan di rumah sahabat yg lain secara bergilir2.
Ø  Satu majlis yg kecil yg terdiri drp beberapa org sahabat tertentu dibuat utk membentuk nilai2 Islam dlm kalangan mrk yg hadir. Tetapi pd ketika itu ia tidak disebut sbg usrah.
Ø  Konsep usrah itu kemudiannya diberikan nafas baru oleh Hasan Al Banna (Pengasas Gerakan Islam Ikhwan Muslimin di Mesir) dan usaha tokoh Islam itu sejajar dgn keadaan umat Islam dlm cengkaman penjajah dan musuh Islam slps kejatuhan Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniah pd 1924.
Ø  Bagi memastikan konsep usrah mudah dilaksanakan, Hasan al Banna telah mengeluarkan satu risalah bertajuk, Antara semalam dan Hari Ini yg menggariskan aspek penting dlm usrah iaitu Muqqadimah, Rukun Usrah Penerangan Kandungan Usrah dan Aktiviti Tambahan.
Ø  Pada 1948, organisasi Ikhwan Muslimin telah diharamkan tetapi Hasan Al-Banna msh berusaha utk menyelamatkan organisasi tersebut, namun gagal sehinggalah beliau ditembak mati pd 12/2/1949.
Ø  Usrah pada masa kini adalah kesinambungan drp apa yg telah dilakukan oleh Imam Hasan Al-Banna utk memantapkan umat Islam  di seluruh dunia.

APA ITU USRAH?
*      Perkataan usrah adalah akar drp bhs Arab yg bermaksud keluarga dan selalunya dijalankan secara berkumpulan bg memahami serta mendalami agama Islam.
*      Kadang-kadang ia tidak mementingkan perbincangan shj tetapi lbh ziarah dlm kalangan sahabat atau aktiviti luar rumah.
*      Secara asasnya usrah mempunyai 4 komponen yang khusus; iaitu pimpinan, peserta yang tidak ramai, mst ada satu topik perbincangan dan aktiviti luar.
*      Kebiasaannya usrah dimulakan dgn perbincangan berhubung agama Islam, kemudian tentang kenegaraan dan isu-isu semasa.
*      Usrah ada 3 rukun utama iaitu At-Taaruf (berkenalan), At-Tafahum (bersefahaman) dan At-Takaful (saling bantu-membantu).
*      Pembentukan usrah yg pertama dilaksanakan ialah oleh Rasulullah di rumah Al-Arqam bin Abi Arqam di Mekah.
*      Usrah moden dipelopori oleh Imam Hasan Al-Banna ketika di awal penubuhan Ikhwanul Muslimin.


*tp ad usrah yg menyeleweng......sudah disalahgunakan....bg yg tiada asas agama mmg bahaya....jadi jgn bergantung pd usrah semata2 dalam mencari dan menuntut ilmu agama.....sebab itu ada pepatah yg mengatakan blajar lah sampai ke negeri China sekalipun. kalau ada sesiapa yg menyertai usrah ni kalau rasa ada yg tidak kena...ajarannya bercanggah dengan Islam....cepat2 report jabatan agama, jgn takut!


p/s : sumber dr surat khabar baru...huhu....mega





yg benar2 tulis:

Thursday, 24 April 2014

Aku Punya suka....

Assalam and hai......
0keh....aku cuma nak bagitau bahawa......semua cerita yang aku tulis tuh adalah sebab aku suka menulis.....tak kesah la tulis apa pun...haha
bukannya rasa sy0k sendiri..ss je.....tp terpulang lah kalu ada yang rasa aku ni ss....
even though sbl0m ni...mse zaman aku blaja skolah mnengah...ada byk cter yg timbul lam minda aku....n ada jugak ilham dtg dr mimpi.....tp tu suma tak tertulis c0z xde msa.....n lama2 rasa cam malas dah nk mnulis cter tu......dah xde idea n da lupa sket2....
skang byk la gak mse terluang...s0 start la mnulis sket2.
ingat nak wat n0vel tp rse cam panjang sgt.....tkut terbengkalai<bengkalai ke belangkai...ahaaha> je......s0 baiklah aku tulis cerpen je....slamat!
eheh...ok la tu je....
say0nara...beb
:D

Thursday, 17 April 2014

Kekasihku Odia~

Odia adalah satu nama yang istimewa bagiku.Dia merupakan seorang insan yang banyak mengajarku erti hidup dan juga cinta.Tentu ada yang tertanya-tanya sama ada dia adalah lelaki atau pun perempuan.Yang sebenarnya dia adalah lelaki.Itu adalah nama samarannya sebagai seorang penulis.Odia ada blognya sendiri.
“Indah,what are you doing here?”, tegur Odia secara tiba-tiba. Terkejut aku dibuatnya.Nasib baik tiada sakit jantung.Kalau tidak sudah tentu masuk hospital dan tiadalah kenduri nanti. “Semua dah ada kat bawah tu, awak aje kat sini,nak curik tulang ye?” kata Odia lagi tanpa sempat aku menjawab pertanyaannya tadi. “Amboi, sedapnya mulut mengata orang ye?”.
Dia hanya tersengih sahaja. “Saya kemas bilik awak la Odia”jawabku lagi. “Eleh,ye lah tu,kemas bilik ke curik tengok gambar saya hah”.
Rupa.rupa dia sudah ternampak apa yang aku buat. Memanglah aku curik tengok sebab kalau tengok terang-terangan dia tidak akan bagi punya, sebab gambar dia waktu kecil-kecil dulu.Memang kelakar. Lantas aku pandang dia dengan muka seposen sahaja.
“Ala jomlah kita ke bawah, tolong dia orang apa yang patut”. Indah segera menolak belakang badan Odia. Dan Odia hanya mampu menggelengkan kepala sahaja dengan tingkah laku bakal isterinya itu.
Sebenarnya ada kenduri bacaan doa selamat malam ini sempena ibu bapanya berangkat ke tanah suci. Ia dibuat di rumah Odia kerana ruang yang luas,tambahan lagi dia yang mahu tanggung semua perbelanjaan.Oleh kerana itulah, aku ada di rumah lelaki kesayangan ku ini.Lagipun aku kekasihnya memang wajarlah aku membantu.
Aku lihat adik-beradik Odia sudah sampai dan mereka menyapa aku dengan mesra, lebih-lebih lagi anak-anak buahnya yang girang apabila memandang ke arahku.Aku ketawa dengan keletah budak-budak ini.Aku dengan mereka sudah seperti keluarga sendiri.Mereka merestui perhubungan kami berdua tanpa mempedulikan latar belakangku.Aku bersalam dan memeluk adik perempuan,kakak serta ibunya.
Selesai sahaja kenduri tersebut,Odia menghantar aku pulang ke rumah.                                          “Terima kasih cinta hatiku kerana membantu” kata Odia untuk menghilangkan kesunyian di saat ini. “Ala awak saya tak tolong banyak pun,semua kakak ipar awak yang masak kan”,balasku.
“Yelah,tapi terima kasih jugak sebab awak ada disisi”. Beberapa minit kemudian;                                   “Ok dah sampai pun,my sweet home”.             “Ok assalamualaikum,Indah”. “Waalaikummussalam”. Aku segera keluar daripada perut kereta. “See you next week,cinta hatiku”,katanya lagi sambil tersenyum. Aku hanya mengangguk kepala sahaja.
Kenapa dia cakap ‘next week’ bukannya tomorrow,adalah kerana seminggu ini dia ‘outstation’. Dan satu minggu kami tidak akan berjumpa.Malam itu, dia menelefon.Baru sahaja dua hari tidak bertentang mata dia sudah mengatakan rindu padaku.Memang sebelum ini dia ada beritahu, kalau boleh mahu bertemu dengan aku setiap hari walau sekejap sahaja.Untuk menatap keindahan wajahku,sesuai dengan nama aku Indah.Itu dia yang cakap.
Nama aku adalah Mutiara Indah.Nama itu ibu yang berikan.Sejak aku lahir, tidak pernah aku lihat abah.Ini kerana abah sudah pun meninggal dunia ketika di laut.Menurut ibu, abah seorang nelayan.Abah meninggal akibat ribut kuat yang melanda dan sampai sekarang mayat abah tidak ketemu.Ibu redha dengan kematian abah walaupun ketika itu baru seminggu hamil akan diriku.
Kata ibu,menamakan aku dengan nama itu adalah  kerana aku ini adalah anugerah Allah swt. Yang tidak terhingga.Aku umpama sebiji mutiara yang putih bersih tanpa sebarang noda dan indah itu melihat kecomelan akan diriku.Ibu lebih suka memanggilku dengan nama Mutiara.
Kini sudah setahun pemergian ibu menghadap Ilahi.Selepas kematian ibu baru aku kenal dengan Odia.Itu pun secara tidak sengaja.Kami berselisih di pantai sebanyak tiga kali.Kali ketiga itu ketika kami pergi beli air kelapa.Dia datang membeli air kelapa dan aku sudah sedia ada di situ sedang menunggu air kelapaku siap.Sebaik aku ingin berlalu,dia menahan aku daripada pergi dan meminta nombor.Katanya rugi kalau membiarkan orang seindah diriku dan mungkin ada jodoh kerana sudah tiga kali berselisih.Begitulah cara aku kenal dangan Odia.
Sekarang dia lah lelaki tempatku berpaut.Rapat dennganku.Odia adalah lelaki aku.Akanku menjadi milik dia untuk selamanya.Dia banyak membantu aku dari segi apa pun.Setelah aku menceritakan kisah hidupku kepadanya,setiap hari dia cuba menceriakan diriku dan hilanglah kesedihan yang bermukim di dada ini.
Hampir setahun jugalah aku kenal dengan Odia.Semua dia cerita pasal dirinya dan juga keluarga tercinta.Cuma namanya iaitu Odia,tidak pernah diberitahu kenapa diletakkan nama tersebut dan aku juga tidak mahu bertanya.Semakin lama kenal semakin bertambah bibit-bibit cinta antara kami.Tunggu masa sahaja untuk aku dan Odia bersatu secara sah.
Ada aku membuka blognya untuk baca kisah tentang dirinya.Ramai juga ‘follower’ dia.Tidak sangka juga aku.Apabila aku baca cerpen dia dan juga gaya penulisan tentang kisah hidupnya,tidak hairanlah kenapa dia ramai ‘follower’.Ketawa aku sendirian apabila melihat gambar di dalam blognya.Dia tidak melarang aku buka blog dan tiada rahsia antara kami.Dengan membaca blognya itu,membuatkan aku bertambah sayang kepadanya.
Tiba-tiba bunyi telefon mengejutkan aku,dan kenangan lampau itu terus berlalu pergi.Aku capai telefon di atas meja dan lihat di skrin tertera nama kekasihku,Odia.Rupa-rupanya dia,        sudah tengah malam baru nak telefon. ‘Ada apa ya,tak tidur lagi ke?’Aku bermonolog dalam hati.Lantas tanpa buang masa aku tekan punat call.
“Hello?”      
“Hello,cinta hatiku.Belum tidur lagi ke?”,kedengaran suara garaunya di sebelah sana. “Belum lagi,sekejap nanti saya tidurlah.Erm ada apa call ni?”. “Aih,takkanlah saya tak boleh call awak,cik adik manis,hmm?”. “Bukan tak boleh lah dear,tapi dah jauh malam ni,macamlah encik abang tak kerja esok”balas aku sambil tersenyum walaupun tahu dia tidak nampak.Bunyi ketawa kedengaran dan aku turut sama ketawa juga. “Takdelah,rindu nak dengar suara awak.kan seminggu tak jumpa”. “Yalah”jawabku. “Eh esok kita jumpa ya,makan tengah hari sama”. “Ok”. Segera dia menamatkan perbualan selepas member salam.
Pukul 12.30 p.m. seperti yang dijanjikan Odia datang menjemput aku di tempat kerja.Aku masuk ke dalam kereta,dan terus bertanya; “kita nak makan dekat mana ni saying?”. “Adalah, tempat special punya”jawab dia dan terus fokus pada jalan.
Dua puluh minit kemudian dengan pemanduan yang agak laju,kami sampai di tempat yang dikatanya itu special. ‘Special apanya setakat gerai di tepi jalan’aku bermenolog sendirian.Aku memandangnya pelik dan dia hanya tersenyum. “Apa ni?,cakap special macam saya tak pernah makan kat gerai pulak?”aku cakap dekat Odia. “Ala jomlah turun,memang special lagipun kita tak pernah makan kat sini bersama dan awak pun tak pernah dating sini kan?”.Tidak mahu mengalah dengan aku nampaknya,Odia ini.
Tengah kami melihat menu,tiba-tiba Odia mencelah dengan suara perlahan, “haaa tengok ni cinta hatiku,semua nama menu ada perkataan special,Lagipun kat gerai ini memang sedap,tak rugi tahu”,selepas berkata demikian dia ketawa. “Ya lah kena rasa dulu baru tahu”kataku kepadanya. “Ala saya dah makan kat sini dengan member dulu,dialah yang memperkenalkan tempat ni”. Selepas itu,kami order nasi putih,sayur kailan ikan masin dan yang paling penting adalah tom yam udang special.Kerana rata-rata orang akan pilih menu tersebut apabila berkunjung ke gerai itu.Oleh sebab itu,aku juga tidak mahu terlepas peluang untuk merasanya.Selepas makanan dan minuman tiba,aku makan dengan penuh berselera.Memang sedap sangat.Betul kata Odia,tidak akan menyesal punya makan di situ dengan harga yang berpatutan.
Hari ini hari ahad,cuti di hujung minggu.Aku dan Odia bercadang nak keluar jalan-jalan dan menghabiskan masa bersama sepanjang satu hari ini.Lagipun sudah lama kami tidak berbuat demikian.
Aku sudah pun bersiap.Sambil menunggu kedatangan Odia untuk menjemputku,aku membaca majalah wanita terlebih dahulu.Tiba-tiba Odia menelefonku; “Hello awak,sorry,kereta saya buat hal pulak.Tak sempat siap kot dalam satu hari ni.Indah tolong ambik saya kat ‘workshop’ ni”. “Oh ya ke,kat ‘workshop’ mana ni?”,balas Indah. “Workshop yang dekat dengan rumah awak,cinta hatiku”. “Ok.Tunggu jap!”kata Indah dan terus menekan punat ‘end call’.
Secara tergesa-gesa Indah segera mencapai kunci kereta dan beg tangan serta menuju ke kereta di garaj.Sambil ‘start’ enjin kereta,sempat dia mengomel sendirian; ‘La…ingatkan telefon sebab dah sampai,rupanya kereta masuk‘workshop’,
hish… patutlah lama aku tunggu’.
Apabila sampai sahaja di bengkel aku lihat dia sudah berpeluh.Aku buka cermin tingkap dan tersenyum kepadanya sambil menggerakkan kepalaku supaya dia masuk.Dia membuka pintu dan masuk ke dalam kereta.Odia hanya tersenyum hambar sahaja ke arahku. “Jomlah, kita pergi minum dulu”kataku padanya.Dia mengangguk sahaja.
Odia akan membawa aku ke galeri pameran lukisan.Sekarang giliran dia yang memandu kereta.Dalam perjalanan,aku dan dia berbual-bual kosong.Tempat yang dituju sudah sampai.Dia sempat cakap, “Galeri ni milik kawan lama I.He’s from Terengganu.”
Berjumpa sekejap dengan kawan Odia.Kawannya tersenyum sahaja ke arahku dan berkata, “Ada benda special untuk you sekejap lagi”.Aku pelik dengan kata-katanya tetapi aku membiarkan sahaja dan hanya tersenyum.Ada banyak lukisan penyu,pantai dan pelukis ini suka melukis tentang alam sekitar serta haiwan.Seketika kawan Odia menerangkan serba sedikit tentang lukisannya.
Apabila tiba di sebuah bilik,Odia cuba untuk memulas tombol pintu tetapi aku menghalangnya. “Eh Odia boleh masuk ke bilik ini,bukan ke kat situ aje lukisan yang dipamerkan?”.“Bolehlah,jom,jangan takutlah”kata Odia.Apabila melangkah masuk ke dalam bilik tersebut,aku terkesiama sekejap dan juga terkejut.Ini kerana ada satu lukisan besar iaitu potret diriku ketika di pantai.Aku berpaling kepada Odia dengan kerutan seribu. “Special 4 you baby.Lukisan ini seindah wajah awak.Saya ambik gambar awak ketika ‘first time we met and then’ I suruh member lukiskan”,terang Odia. “Tapi bila masa awak tangkap ‘pic’ ni?” tanyaku lagi tidak berpuas hati. “Ala masa tu saya belum tegur awak lagi.Lepas itu, saya Nampak awak duduk tengah menghadap laut dengan awak yang cantik dan suasana ‘time’ tu memang cantik sangat,so takkanlah saya nak lepaskan peluang.Lagipun kebetulan saya bawak kamera”… “Erm…it’s a gift for Indah,cinta hatiku”,bisik Odia di telingaku. “Wow! It’s very beautiful.I appreciate it.Thank you so much”ucap Indah sambil tersenyum manis.Rupa-rupanya ini lah keistimewaan yang diperkatakan oleh kawan Odia tadi.
Selepas itu, kami berhenti makan dan juga solat Zohor.Masa makan Odia ada cakap hendak membawa aku ke taman botani.Lepas makan,aku tengok jam sudah hampir pukul 4 p.m. jadi kami menunggu sehingga selesai solat Asar. “Jom,cepat sikit Indah”,kata Odia sambil tersengih apabila melihat aku masih terkial-kial memakai kasut di tepi tangga surau.
Kemudian kami menuju ke Taman Botani dan di situ terdapat pelbagai tumbuhan.Tumbuh-tumbuhan di situ memang cantik dan sangat menarik walaupun ada yang aneh pada pandangan mataku.Kami tangkap gambar bersama dengan begitu banyak sekali.Kami duduk di situ sampai waktu maghrib.
Selesai sahaja solat Maghrib,aku meminta kunci daripadanya,biarlah aku pula yang pandu kereta.Aku dan Odia belum mahu pulang lagi,kami akan pergi tengok konsert Rock malam ini.Odia memang ada gaya seorang rockers sikit.Dan aku pula memang minat lagu rock sejak kecil lagi.Memang semua kumpulan Rock ada untuk persembahan.Aku dan Odia sangat ‘enjoy’ menikmati lagu rock yang didendangkan oleh mereka.
Pukul 10 p.m. konsert habis dan Odia akan menghantar aku pulang.Dalam perjalanan pulang,Odia beritahu akan menghantar rombongan peminangan ke atas diriku.Dia ingin melamar aku menjadi isterinya.Sudah tiba masa,katanya lagi.Aku hanya bersetuju sahaja.
Selepas sebulan segala kelengkapan untuk hari pernikahan Indah dan Odia sudah siap.Ada masa seminggu lagi sebelum diakad nikah.Aku merasa beerdebar tetapi dalam masa yang sama aku sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri.Aku ingin sekali membahagiakan hidup Odia pula.Odia ada telefon sebelum ini dan beritahu bahawa dia sudah tidak sabar lagi untuk menjadi suamiku.
Odia ada cakap bahawa dia ingin memperisterikan aku bukan setakat keindahan wajahku tetapi juga kerana diriku yang mulia dan berusaha memartabatkan harga diri kaum wanita serta tidak memandang hina pada sesiapa.Ya…memang itu aku,kalau boleh mahu membantu semua perempuan bermasalah.Dan aku juga tidak memandang hina sangat pada pelacur kerana mungkin itu bukan kehendak mereka tetapi dipaksa  malahan aku lebih memandang hina kepada lelaki yang melanggan pelacur itu.
Syukurlah Odia bukanlah lelaki sebegitu dan bukan kaki perempuan.Aku memilih bukan sahaja dia baik tetapi juga taat pada agama dan taat kepada orang tuanya. Akanku setia padamu sehingga hujung hayatku,wahai kekasihku,Odia!.


                                                               

Monday, 14 April 2014

?PERNAH DIGIGIT?BAHAYAKAN IA…..?

0keh kali ni ak nak bercerita pasal denggi / demam denggi…..
Siapa<reader> pernah kena denggi???
Alhamdullillah, aku tak penah kena…..dan kalu demam biasa p0n jarang…..erm sekali setahun….takp0n 2 3 tahun sekali….
Ini bermakna tahap sistem imun dalam b0dy aku kuat….hhuhu

DEMAM DENGGI DAN SIMPTOM NYA
Demam denggi adalah sgt berbahaya dan jika tidak dirawat dengan awal boleh membawa  maut.
Denggi  disebabkan oleh 4 virus denggi utama yg serotypes-DEN-1, DEN-2, DEN-3, & DEN-4.
Denggi disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes betina dimana darah seseorang itu telah terkesan dgn virus.
Kemudian nyamuk tersebut memindahkn virus dengan mengigit mangsa lain.
Ini bermaksud sesiapa saja boleh berjangkit tanpa mengira umur, jantina atau etnik, tetapi peluangnya sgt tinggi bg sesiapa yang tinggal dalam kawasan bandar yang berkepadatan tinggi.
Simptom daripada demam denggi termasuklah suhu demam panas tinggi (40°C), dimana kebiasaannya diikuti oleh sekurang2nya dua daripada simptom berikut:
Ø  Sakit kepala
Ø  Kesakitan di belakang mata
Ø  Muntah2
Ø  Bengkak kelenjar
Ø  Joint, sakit tulang / sakit otot
Ø  Ruam

Kebanyakan kes adalah ringan dan pesakit boleh sembuh selepas 1 minggu.
Walaubagaimanapun, beberapa jangkitan boleh maju ke denggi yg teruk.
Tahap kritikal mengambil masa sekitar 3-7 hari selepas tanda pertama drp penyakit.
Suhu pesakit akan menurun, tetapi tidak bermaksud pesakit itu sembuh.
Perhatian khusus perlu diberikan kpd tanda2 amaran berikut kerna ia boleh membawa kpd demam denggi yg truk:
§  Sakit perut yg teruk
§  Muntah berterusan
§  Pendarahan gusi
§  Muntah darah
§  Pernafasan cepat &
§  Keletihan


Jangkitan dgn 1 ketegangan / keterikan yg serotype virus denggi akan memberikan perlindungan seumur hidup shj terhadap jenis yg tertentu.
Walaubagaimanapun, ia msih mungkin utk dijangkiti oleh beban atau ketegangan lain yg boleh berkembang menjadi denggi yg teruk.
Orang yg telah mndapat denggi pada masa lalu adalah lebih terdedah, kerna system imun mreka boleh dikompromi.
Penyertaan masyarakat adalah kunci kpd pencegahan denggi.
Setiap isi rumah harus cuba untuk mengurangkan kadar penghantaran dengan menghapuskan nyamuk Aedes dan pembiakan di dalam dan sekitar rumah.



p/s: kwn ofis aku kna demam denggi….rsenya lbih sebulan dia duk kat hospital…tatau camner dah skang…gp0n dia da benti keje.




N0 Aedes,
N0 Dengue!

S0 gunalah RIDSECT ~ racun serangga bg menghapuskan nyamuk Aedes>pasti berkesan…..^___^

Thursday, 10 April 2014

LCCI ???? DUNN0...?? meh i tell u

Sijil LCCI ini khas utk student lepasan SPM yg amek subjek akaun okeh!!!!

v  LCCI itu stand for London Chamber of Commerce & Industry (LCCI) International Qualifications merupakan salah satu badan pengiktirafan antarabangsa yang terkemuka dari United Kingdom yg mengiktiraf kursus2 berkaitan dgn bidang perniagaan.
SYARAT PERMOHONAN;
Permohonan sijil LCCI hanya boleh dibuat oleh calon yg mempunyai KOD KELAYAKAN MEMOHON SIJIL LCCI pd keratan keputusan SPM.
Kod
Kelayakan
Jenis sijil LCCI
1
Pass with Distinction
Level 2  Book - Keeping & Accounts
2
Pass with Credit
3
Pass
4
Pass with Distinction
Level 2  Book - keeping & Accounts
(Bahasa Melayu)
5
Pass with Credit
6
Pass

·         Gred 6C  dan ke atas akan layak mndapat sijil ‘LCCI Level 2 Certificate in Book-keeping and Accounts (Bahasa Melayu)’.
·         Gred 6C  dan ke atas bg SPM Prinsip Perakaunan dan Bahasa Inggeris 1119 akan layak mndapt sijil ‘LCCI Level 2 Certificate in Book-keeping and Accounts’.

v  Calon hendaklah membuat permohonan dlm tempoh 30 hari dari tarikh keputusan peperiksaan SPM diumumkan.

v  Kadar bayaran bagi permohonan sijil ialah RM 25

Masa mohon ~ Sila bawa bersama!!

1. 1 salinan keratan keputusan SPM yg memaparkan Kod Kelayakan Sijil LCCI
2. 1 salinan i/c
*Semua salinan iaitu ~(1 & 2) msti disahkan oleh Pengetua Sekolah/ Pegawai Kerajaan Kumpulan A.
*slps disahkan fotostat lg 3 salinan

3. Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf ditulis atas nama LCCI INTERNATIONAL QUALIFICATIONS (MALYSIA) SDN. BHD.
*Wang tunai atau cek persendirian x diterima
      
       ~Cth borang mohon(kna da 4 salinan)~

Kebaikan bg yg ada sijil LCCI;
  1. PENGIKTIRAFAN - LCCI dikenali oleh semua syarikat di Malaysia, tidak kira syarikat yang kecil mahupun yang besar, disebabkan ciri-ciri praktikalnya yang berkaitan dengan kehendak pasaran.
  2. ANTARABANGSA - Kualiti LCCI adalah konsisten di seluruh dunia serta member jaminan kepada para pelajar bahawa ia boleh digunakan di peringkat antarabangsa.
  3.  FLEKSIBEL - LCCI bersesuaian bagi pelajar sepenuh masa mahupun orang dewasa yang sibuk dengan kerjaya kerana ia merupakan kelulusan yang boleh dilakukan dalam modul jangka pendek untuk digabungkan sebagai ijazah Diploma dalam tempoh masa yang diberi.
For ur information;
Lembaga Peperiksaan, KPM x mengeluarkan salinan sijil LCCI. Jika calon perlukan salinan tersebut, sila hubungi terus ke alamat brikut:
LCCI International Qualifications (Malaysia) Sdn. Bhd.
Suite 11.01, Tingkat 11,
Menara Yayasan Selangor
18A Persiaran Barat
46000 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03 7620 6366
Faks: 03 7620 6338
 

~ni cth sijil LCCI~

p/s: kalau ur result is gud je…esp for acc. … better amek sijil ni


Ø  0k knapa aku tulis entry ni?...adlah disebabkan oleh….ad s0rang budak ni….sent msg kat aku….”ptg cikgu…ini shariz….sy nk mohon sijil LCCI boleh ke?”
Ø  Kalu msg skali…aku abaikan jelah….ni semalam p0n dia msg lagi 2 kali…..rasa ksian pulak…huhu….xpe nt tghari sikit sblom jumaat ak c0l la dia.
Ø  Dan yg pasti budak ni silap anta msg c0z im not cikgu…n aku hanya keje sementara je kat BPTV…hehe
Ø  Shariz ni mst budak pandai…hihi…usya kan bru tau….spa suh silap anta msg kat aku.
Ø  0k itu je la…..0h ye….berterimaksih gak kat dia…leh la aku search sal sijil ni <nk tau lbh lanjut>…n thanx gak kat gugle uncle…..n ak share info at my blog