Tuesday, 1 April 2014

LOVE IS HARD...

Salam perkenalan dihulurkan kepadaku.Aku menyambutnya dengan senyuman,tanda aku menerima.Kami berbual kosong selama beberapa minit sambil minum petang disebuah café berdekatan dengan hotel tempat kami menginap.Selepas itu, dia meminta diri kerana telah berjanji dengan kawan untuk bertemu. Dia berharap untuk bertemu denganku lagi. Oh baru ku tahu, rupanya tujuannya sama sepertiku adalah datang ke Melaka untuk berkursus.Tapi tak perasan pula aku akan kehadirannya masa ‘meeting’ tadi,mungkin kerana terlalu ramai peserta yang menyertai kursus ini.
9p.m. aku baru sahaja siap mandi, tiba-tiba dengar ada bunyi email baru masuk.Aku memang on laptop sebelum mandi tadi,sengaja aku biarkan laptopku terpasang.Aku baca email tersebut,rupanya dia yang aku berjumpa petang tadi.Namanya karl.Karl Yusuf,itulah nama penuhnya.Kami berchatting sekejap sahaja.Aku mengucapkan selamat malam kepadanya terlebih dahulu.Aku dah merasa mengantuk dan aku perlu merehatkan badanku setelah seharian penat hari ini.Lagi pula esok pagi pagi lagi perlu bangun kerana ada mesyuarat lagi.
Hari ini adalah hari terakhir aku berkursus.Sebelum pulang sempat Karl menahan aku,dia meminta nombor telefon aku.Aku berfikir sejenak sebelum memberikan nomborku,dan akhirnya aku berikan juga kerana nampaknya dia bersungguh.Dia mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi sambil melambai ke arahku.Aku masuk ke dalam kereta dan memulakan perjalanan dengan tenang.
Sudah seminggu berlalu,baru hari ini Karl menelefonku.Katanya dia terlalu sibuk baru ini dia ada peluang untuk bertanya khabar denganku.Kami berbual setengah jam,Karl beritahuku dia ingin mengenaliku dengan lebih dekat bukan setakat kawan biasa sahaja.Dia akan bertemu dengan kedua orang tuaku kalau aku mengizinkan.Katanya lagi ingin mengambil hati ibu bapaku terlebih dahulu sebelum mencuri hati anak.Begitu berani dia.Ketawa aku mendengar katanya itu,terasa kelakar pun ada.
7 hari berlalu sejak kali pertama dia menelefonku,dan ini pertemuan kami yang pertama.Dia yang ajak aku keluar untuk ‘dating’ sepanjang hari ini.Lagipun aku dan dia sama-sama lapang hari ini,jadi aku terima pelawaannya untuk berjumpa.Sedang aku menunggu Karl di sebuah café,tiba-tiba… “Laila…”.Ya itu adalah namaku, Laila Issabella.Aku berpaling dan aku terpandang wajahnya lantas tersenyum.Aku pelawanya untuk duduk dan dia menarik kerusi berhadapan denganku.Barulah aku dan dia memesan makanan.Sambil menikmati makanan,kami berbual dengan gembira sekali.Banyak yang kami bualkan,termasuklah hal kerja.Selesai makan waktu masih awal lagi karl mengajakku pergi tengok wayang.katanya ada filem baru yang best.Aku setuju sahaja, lagipun dia yang mengeluarkan belanja.
Wayang mula pukul 4, jadi ada 20 minit lagi sebelum masuk pawagam.Aku dan dia makan aiskrim sambil tunggu masa.Kali ni aku pula yang belanja.Ala setakat aiskrim,apalah sangat.Tepat pukul 4,aku dan dia masuk dan mencari tempat duduk.kami tengok wayang sambil kongsi makan popcorn(everta).Cerita ni memang best pasal ‘action’ dan ada ‘loving’ sikit,jalan cerita pun ok.Habis saja wayang ada sikit masa lagi untuk ke waktu maghrib.Jadi aku dan Karl buru-buru ke surau berdekatan untuk solat Asar kerana kami belum menunaikan lagi dan terus solat maghrib sekali di surau tersebut.Usai solat,Karl ajak aku pergi makan tapi aku menolak secara baik kerana merasa masih kenyang lagi.Lantas kami menuju ke kereta.Dalam kereta tiada apa yang dibualkan sangat,hanya dengar lagu di radio dan celoteh dj. Karl mahu hantar aku pulang tapi kata dia masih belum puas lagi untuk meluangkan masa bersamaku,jadi dia ingin bawaku ke suatu tempat.Masalahnya dia pun tidak tahu nak bawa aku ke mana dan dia cadangkan aku buat keputusan.Aku apalagi memutuskan kami pergi jalan-jalan di tepi tasik.Lagipula tempat tu dah berdekatan dengan kawasan rumahku.
Kami menikmati pemandangan di waktu malam dengan tenang.Setelah penat berjalan di sekitar tasik,kami mencari tempat duduk dan makan makanan ringan.Hampir ke angka 10,aku mengajak Karl pulang.Dia menghantarku depan rumahku,dan sebelum masuk ke dalam rumah sempat dia berkata… “terima kasih kerna sudi keluar dan saya amat menghargainya”….. “Saya pun gembira keluar bersama awak hari ini…”balasku sambil tersenyum sedikit. “kalau boleh Karl nak ajak keluar lagi lain kali….boleh ke?” “Erm…boleh tapi tengok la dulu kalau saya ada masa terluang”… “ok…mm Assalamualaikum Laila”. Aku menjawab salamnya perlahan.Dia masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi sambil melambai ke arahku.
Sejak hari itu,kami selalu berhubung.Kini genap sebulan kami berkenalan.Karl berkata padaku sudah tiba masa untuk dia bertemu dengan keluargaku.Dia benar-benar serius untuk melamar aku menjadi isterinya.Pada hujung minggu aku bercadang untuk membawa Karl pulang ke kampung berjumpa dengan ibu bapaku,balik ke kampungku pada pagi sabtu dan bertolak semula ke Kuala Lumpur pada hari ahad.Jadi kami akan bermalam di kampung satu hari.Apabila aku memberitahunya tentang cadanganku ini,dia begitu gembira.
Hari yang ditunggu tiba jua,Karl begitu tidak sabar untuk bertolak balik ke kampung.Dia sampai depan rumahku tepat pukul 7 pagi,awal betul.Karl memberikan aku sejambak bunga ros merah.Romantik dia hari ini,kerana ini kali pertama dia memberiku bunga semenjak kami kenal.Aku mengucapkan terima kasih lantas mencium bunga tersebut.Wangi.Dalam jambangan bunga terdapat sekeping kad.Lalu aku membuka kad tersebut  dan membaca isi kandungannya.
Kau hanya perempuanku
Tiada yang lain lagi,selain dirimu
Kau milikku seorang dan untuk selamanya
Selagi hidup,selagi itu akanku perjuangkan
Cinta kita. 
                                                            Karl yusuf.

Usai membaca aku tersenyum dan berpaling kepadanya… “thanks,Karl Yusuf”kataku perlahan.Dia hanya mengangguk kepalanya sedikit dan terus memulakan perjalanan.Satu jam berlalu,Karl berhenti di petronas untuk mengisi minyak.Sambil isi minyak aku keluar untuk pergi membeli sedikit makanan ringan dan minuman untuk dibuat bekal sepanjang berada di dalam kereta.

Sebaik sampai di halaman rumah,aku lihat ibu dan ayah sudah berada di anjung depan.Nampak gaya macam tengah minum petang.Mungkin ibu dan ayah sambil menunggu kepulanganku,lagipula aku cakap aku bawa pulang kawan lelaki sekali.Kami sampai dalam pukul 5p.m..Aku menapak keluar daripada kereta,dan terus menyalami tangan ibu ayahku sambil Karl keluarkan barang daripada bonet kereta.Selepas itu, aku memperkenalkan Karl yusuf kepada orang tuaku.Karl bersalam hormat kedua orang tuaku dan bertanya khabar.aku lihat ibu dan juga ayah menyambut baik kedatangan Karl.Ayah menjemput Karl untuk minum petang.Wah sedapnya kerana ibuku membuat air kopi dan kueh jemput-jemput.Kopi buatan ibuku memang tiada siapa boleh lawan,pekat likat memang kaw punya.

Malam,pukul 9 aku menolong ibu menyiap dan menghidang makan minum di dapur.Sebaik ayah dan Karl pulang daripada surau,aku mengajak mereka untuk makan.Sedang makan Karl memuji makanan sedap.Ibu mengatakan aku yang masak,padahal aku tolong ibu sahaja apa yang patut dan aku hanya tersengih sahaja.Usai makan,kami menonton siaran televisyen.

Aku menggoreng keropok lekor dan buat air teh. Siap dihidangkan atas pinggan aku membawa ke ruang tamu untuk dijamu oleh ibu bapa dan tetamu istimewaku.Televisyen sudah pun ditutup.Sambil minum kami membincangkan hal yang sepatutnya.Semua kelihatan serius.Karl berterus terang ingin segera masuk meminangku.Dia bersungguh menyatakan pendiriannya ingin melamarku dan ini meyakinkan kedua orang tuaku.Selesai berbincang dan nampaknya orang tuaku menerima dengan baik.Tidak lama lagi akan ada menantu baru lagi dalam rumah ini.Ibuku yang paling gembira.Karl turut mengatakan akan berbincang dengan papa mamanya pula serta memperkenalkan aku kepada mereka.

Seminggu sudah berlalu semenjak pulang daripada kampung.Hari ini Karl akan membawa aku bertemu dengan orang tuanya pula.Kali ini giliranku,dan terasa debarnya sikit.Semalam dia sudah telefon dan memberitahu akan menjemputku dan bawa ke rumahnya.Sampai sahaja di rumah Karl,aku teragak-agak untuk masuk ke dalam rumahnya.Ya lah memikirkan bagaimana penerimaan orang tua dia.Karl cakap padaku usah risau kerana ibu bapanya adalah seorang yang bertimbang rasa.Mungkin dia cakap begitu untuk membuat hatiku bertenang.Ya memang hatiku tenang sedikit dan aku tersenyum padanya.Dia membalas senyumanku.

Aku menyalami tangan mama dan papa Karl.Aku memberikan seulas senyuman kepada mereka dan mereka membalas seadanya.sudah tengah hari dan mama Karl menjemput ke meja makan kerana makanan sudah siap dihidangkan.Tidak elok dibiarkan begitu lama makanan tersebut.Kami menuju ke meja makan.Karl memberitahu ibunya memasak sempena kedatanganku.Wah langkah kaki kananku kali ini.Baru sesuap makan,ternyata masakan mama Karl sedap juga selain masakan ibuku.

Karl memberitahu kepada orang tuanya bahawa aku adalah calon isterinya.Dia ingin papa dan mamanya membawa rombongan untuk masuk meminangku dalam masa terdekat ini juga.Tetapi bila hal itu dibangkitkan,aku boleh nampak ada riak kurang senang pada wajah ibu bapa Karl.Bapa Karl terus mengatakan hal ini akan dibincangkan kemudian.Aku dapat agak yang mereka tidak berkenan padaku.Aku cakap pada Karl hantar aku pulang segera,dan aku meminta diri daripada ibubapanya.Aku tidak mahu dengan berada lebih lama di situ,keadaan akan menjadi semakin keruh.

Sudah masuk hari ketujuh sejak pertemuan aku dan ibu bapa Karl di rumahnya.Karl berusaha memujuk aku agar tidak memutuskan perhubungan kami.Dia lagi sedang berusaha memujuk ibubapanya agar menerima aku sebagai anak menantu dalam keluarga mereka.Dia mengharapkan hubungan ini akan pergi lebih jauh dan akan kekal abadi sampai ke syurga,in syaa ALLAH.Dia berjanji padaku bahawa sedikit masa lagi semua ini akan selesai.Dan setiap hari jugalah Karl menelefonku supaya aku tidak pergi jauh daripadanya.Begitu takut dia.Takut aku akan meninggalkan dirinya.

Akhirnya setelah sebulan berlalu pergi,ibu bapa Karl dapat menerima aku seadanya diriku ini.Bermacam-macam cara dan pelbagai usaha dilakukan Karl dan termasuk aku kadang-kadang untuk melembutkan hati mereka.Ternyata segala usaha ini berhasil jua.Sebelum ini ibu bapanya tidak menerima diriku adalah kerana mereka mahu Karl berjaya dulu dari segi kerjaya dan lagipun Karl sebenarnya mahu dijodohkan dengan anak teman baik mereka.Tetapi semua itu sudah ‘settle’ kerana perempuan itu pun sudah ada teman lelaki dan berkeras mahu berkahwin hanya dengan teman lelakinya sahaja.Isu memantapkan kerjaya pula,Karl bakal dinaikkkan pangkat tidak lama lagi dan sudah terlebih cukup wang untuk berkahwin.Aku bersyukur,semuanya ini dipermudahkan ALLAH swt.

Ibu bapa Karl datang ke rumahku di kampung untuk membincangkan hal pertunangan dan pernikahan kami dengan orang tuaku.Segalanya berjalan lancar dan persiapan akan dilakukan dalam masa sebulan.Kami akan bertunang pada pagi jumaat dan akan dinikahkan selepas solat jumaat.Manakala majlis resepsi pula akan dilakukan esok harinya.Itulah yang telah dirancangkan oleh kami sekeluarga.Aku sebagai perempuan rasa seperti tidak sabar untuk menunggu berlansungnya hari bersejarahku dengan dia.Dan selepas itu aku akan menjadi halal buatnya.Itulah yang dituntut dalam Islam menghalalkan sesuatu perhubungan melalui pernikahan.Akan aku melakukan hari yang bermakna ini dengan sempurna.
Lagi dua hari sahaja,pernikahan aku akan berlangsung.Segala persiapan hantaran sudah siap,Cuma tinggal cincin sahaja yang belum diambil di kedai emas.Hari ini aku akan pergi mengambilnya tanpa ditemani Karl kerana dia ada kerja penting yang harus disiapkan.Sebaik masuk ke dalam kedai emas dan sedang aku berurusan dengan pekerja yang sebelum ini pernah berurusan denganku.Tiba-tiba… “Jangan bergerak semua kalau tidak aku tembak”…teriak seseorang di belakangku.Rupa-rupanya beberapa orang perompak dengan membawa senapang setiap seorang telah datang ke kedai ini untuk merompak. “Keluarkan semua barang yang ada, jangan berani untuk berlakuan bodoh kalau tidak padah yang akan kau orang terima” jerit perompak itu lagi.Mungkin dia ketuanya yang menjerit itu.Aku dan pelanggan yang lain serta pekerja di situ merasa begitu takut sekali kerana berkemungkinan nyawa yang melayang kalau tidak menurut arahan penjahat tersebut.

 Tidak semena-mena dan tanpa sebarang sebab aku ditarik oleh salah seorang daripada mereka.Untuk dijadikan sasaran terdekat,sekiranya berlaku apa-apa misalnya polis sampai ke.Kecut perutku.Malang kerana kedudukanku yang paling hampir dengan perompak itu.Lima belas minit kemudian siren polis kedengaran dan polis telah sampai.Kerana panik dan tanpa sempat aku melepaskan diri daripada pegangannya, perompak itu telah menembak dikepalaku.Dan aku ,Laila Issabella,telah ditamatkan riwayat hidupnya di tempat kejadian tanpa sekelumit perasaan belas pun daripada perompak tersebut.Begitu jahat sekali manusia itu tanpa iman di dada dan tidak menggunakan akal sebaiknya.

Berita tentang rompakan tersebut telah masuk di dalam buletin utama dan menjadi tajuk utama bagi setiap akhbar di Malaysia.Semua perompak berjaya diberkas oleh pihak polis.Kematian Laila Issabela tidak sia-sia begitu sahaja kerana perompak itu dijatuhi hukuman yang setimpalnya.Di perkuburan,Karl yusuf sayup-sayup membaca surah yassin untuk disedekahi kepada kekasih hatinya.Setelah sekian lama dia tidak menangis dan buat pertama kali sebagai lelaki dewasa dia menumpahkan air matanya kerana perempuan yang seindah namanya iaitu Laila Issabella.Karl begitu menyesal kerana tidak dapat menemani dan melindungi Laila.Ini sudah takdir Ilahi.Karl terpaksa ditenangkan oleh kedua orang tuanya dan ibu bapa Laila sendiri.Merelakan pemergian dia.

Sudah seminggu pemergian Laila ke alam lain.Dan selama itulah Karl yusuf mengenangkannya.Dia tidak akan sekali-kali lupa akan perempuan yang bernama Laila Issabella.Perempuan ini akan diingati oleh Karl Yusuff selagi hayat dikandung badan.Perempuan itulah yang membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama.Segala kenangan manis,suka duka akan tersemat kemas di jiwa lelakinya.Dan dia akan memulakan kehidupan yang baru.

Dan sayang cinta aku dan Karl  tidak dapat disatukan kearah perkahwinan yang suci
Persoalannya mengapa pasangan ini tidak dapat bersama untuk kecapi kebahagiaan secara halal,jawapannya adalah semua itu ketentuan ALLAH.Siapa kita hendak menidakkan ketentuanNya.Hanya manusia biasa sahaja yang lagi hina.

                                                                       -tHe EnD-

No comments: