Wednesday, 30 April 2014

11 PERKARA-ELAK ANAK DEGIL

Definisi degil ialah bila seseorang itu tidak mahu mendengar kata / tidak melakukan apa yang kita minta atau membuat apa yg kita tidak mahu dia lakukan.

Ini sblas perkaranya;

1.   Hati anak selalu dilukai sehingga dia tidak merasakan kasih anda. Bila anak dpt adik, perasaannya dibiarkan. Bila marah, tiada penjelasan yg memuaskan. Anak akan degil bila hatinya menjadi ‘Closed Heart’. Ini banyak berlaku kpd remaja.
-->   kalau b0leh ibu bapa sebaik-baiknya jgn abaikan dan terangkan dengan betul kpd anak knapa lebihkan adik sebab dia kecik lg! 

2.   Bergaduh suami isteri di depan anak, sehinggakan anak tidak nampak cth teladan yang baik dari anda.
            --> nak bertengkar tu pg lah jauh2 jgn depan 0rg!jgn biarkan ank dgr apa yg ibu bapa kata kerna bila dah marah hati dikuasai syaitan!

3.   Mungkir janji dan tidak benar2 minta maaf krn tidak dpt menunaikan janji.
        -->kalu tak dpt tunaikan baik jangan berjanji apa2.anak ni ingat apa yg ibu bpa janjikan...kesian budak2!

4.   Menyuruh dan mengarah tetapi sendiri tidak melakukan. Marah anak bercakap kasar, tetapi sendiri bercakap kasar dengan anak.
--> ckp el0k2 yg baik je....sbb kata2 tu b0leh jd ikutan pd anak2!



5.   Tidak mendengar apakah pendapat anak itu. Walaupun anda tidak setuju, dengarlah dahulu.
             -->walaupun kata-kata/pendapat dia tidak seberapa tp dgrlah dulu dan lps tu bg penerangan dgn baik sampai dia paham knp pendapatnya itu tidak boleh diterima pakai!

6.   Terlampau mengikut kehendak anak, sehinggakan anak menjadi tuan. Janganlah menjadi ibu bapa yg lemah dan membiarkan shj anak2 memanjat kepala, tetapi tidak perlu juga untuk garang dan keras. Pegang teraju kepimpinan anda. Jadilah pengasih dan tegas.
-->   tegas lah dengan anak tp jgn bengkeng atau dengan meninggikan suara. biar ibu bapa yg menjadi ketua untuk anak2.biar anak tahu h0rmat org tua!


7.   Tidak mempunyai ilmu dan skil berkomunikasi berkesan yang menyebabkan payah untuk menjual idea kpd anak lalu anak tidak mengikut kata. Apabila tiada skil dan ilmu, maka ibu bapa menggunakan arah dan perintah. Ini menjadikan anak bertambah degil. Sedarilah ibu bapa kepimpinan di dalm korporat pun sudah berubah. Bos-bos yg asyik memerintah dan mengarah dibenci oleh anak buah. Corak kepimpinan sudah berubah.
-->k0munikasi itu penting.tp kadang susah utk berk0munikasi dengan anak terutama kalau tidak kena caranya... Jadi belajar lah untuk berk0munikasi dengan baik untuk anak2..praktis!

8.   Selalu mengatakan kepada anak dia degil dan selalu sangat bersangka bahawa dia degil. Ini menjadi doa. Jagalah mulut dan lidah. Jangan mudah mengeluarkan kata2 kesat yg menjadi doa yg terlafaz.
             -->ibu bapa terutama para ibu haruslah bercakap yg baik shj. kalau anak buat salah cukup ckp bertuah punya anak. dan nasihati dia dngn bijak!

9.   Anak tidak dididik utk menghormati ibu bapa. Atau cara menyuruh anak menghormati ibu bapa adlah kasar dan bukan dgn penuh kesabaran dan kasih-sayang. Maka anak tidak menghormati ibu bapa. Sebab hormat adalah sesuatu yg diberi bukan boleh dipaksa.
-->kena ajar anak untuk takut dengan ibu bapa...kna garang bertempat.mula2 takut lama akn timbul perasaan h0rmat. aku p0n macam tu jugak dulu. tp skrg kebanyakan budak dah tak takut apatah lg utk h0rmat pd 0rg tua dan ckgu...selau melawan kata walaupun dia bukan betul p0n.kena selalu ckp h0rmat lah 0rg yg lg tua drpada kita!

10.               Anak tidak dididik dgn agama. Bila tiada agama, tiadalah tiang untuk berpaut. Nilai murni pun akan mengikut apa yang sempat shj.
                --> yg ini plg penting....ajarlah ank sejak kecik lg tentang rukun iman rukun islam tu.bak kata pepatah melentur buluh biarlah dr rebungnya. Ada masa solat berjemaah dengan mereka. ajar baca al quran! jgn mengharapkan sgt pd kelas yg ibu bapa hantar tu, kna sendri jugak yg mengajar sikit2.walupun sibuk curikla masa demi ank!

11.               Elakkan mggunakan bahasa yang anak tidak faham. Gunalah bahasa yang mudah mrk fahami. Bila berkomunikasi dgn anak, jgnlah hendak menunjuk anda hebat. Tunjukkan bahawa bila dia melakukan saranan baik anda kehebatannya akan lbh meningkat.
--> alah guna bahasa ringkas dan tepat biar anak senang faham dan ibu bapa pun tak pening. kalu anak tak paham gak gantikan perkataan tu dgn perkataan lain, yg selalu dia gunakan!



~Google images~


  • Ingatlah kuncinya, ialah membina hubungan rapat antara ibu bapa dan anak.
  • Apabila anda membina hubungan dgn anak, tiada lagi perkataan degil dalam kamus anda mengenai anak anda.
  • Apabila kesejahteraan terkawal maka rezeki akan membuak-buak datangnya.
  • apapun sentiasa menadah tangan pada yg Maha Kuasa... 0keh!


p/s: maklumat ini hasil dr surat khabar baru....huhu...mega




yg benar2 tulis:

No comments: