Thursday, 17 April 2014

Kekasihku Odia~

Odia adalah satu nama yang istimewa bagiku.Dia merupakan seorang insan yang banyak mengajarku erti hidup dan juga cinta.Tentu ada yang tertanya-tanya sama ada dia adalah lelaki atau pun perempuan.Yang sebenarnya dia adalah lelaki.Itu adalah nama samarannya sebagai seorang penulis.Odia ada blognya sendiri.
“Indah,what are you doing here?”, tegur Odia secara tiba-tiba. Terkejut aku dibuatnya.Nasib baik tiada sakit jantung.Kalau tidak sudah tentu masuk hospital dan tiadalah kenduri nanti. “Semua dah ada kat bawah tu, awak aje kat sini,nak curik tulang ye?” kata Odia lagi tanpa sempat aku menjawab pertanyaannya tadi. “Amboi, sedapnya mulut mengata orang ye?”.
Dia hanya tersengih sahaja. “Saya kemas bilik awak la Odia”jawabku lagi. “Eleh,ye lah tu,kemas bilik ke curik tengok gambar saya hah”.
Rupa.rupa dia sudah ternampak apa yang aku buat. Memanglah aku curik tengok sebab kalau tengok terang-terangan dia tidak akan bagi punya, sebab gambar dia waktu kecil-kecil dulu.Memang kelakar. Lantas aku pandang dia dengan muka seposen sahaja.
“Ala jomlah kita ke bawah, tolong dia orang apa yang patut”. Indah segera menolak belakang badan Odia. Dan Odia hanya mampu menggelengkan kepala sahaja dengan tingkah laku bakal isterinya itu.
Sebenarnya ada kenduri bacaan doa selamat malam ini sempena ibu bapanya berangkat ke tanah suci. Ia dibuat di rumah Odia kerana ruang yang luas,tambahan lagi dia yang mahu tanggung semua perbelanjaan.Oleh kerana itulah, aku ada di rumah lelaki kesayangan ku ini.Lagipun aku kekasihnya memang wajarlah aku membantu.
Aku lihat adik-beradik Odia sudah sampai dan mereka menyapa aku dengan mesra, lebih-lebih lagi anak-anak buahnya yang girang apabila memandang ke arahku.Aku ketawa dengan keletah budak-budak ini.Aku dengan mereka sudah seperti keluarga sendiri.Mereka merestui perhubungan kami berdua tanpa mempedulikan latar belakangku.Aku bersalam dan memeluk adik perempuan,kakak serta ibunya.
Selesai sahaja kenduri tersebut,Odia menghantar aku pulang ke rumah.                                          “Terima kasih cinta hatiku kerana membantu” kata Odia untuk menghilangkan kesunyian di saat ini. “Ala awak saya tak tolong banyak pun,semua kakak ipar awak yang masak kan”,balasku.
“Yelah,tapi terima kasih jugak sebab awak ada disisi”. Beberapa minit kemudian;                                   “Ok dah sampai pun,my sweet home”.             “Ok assalamualaikum,Indah”. “Waalaikummussalam”. Aku segera keluar daripada perut kereta. “See you next week,cinta hatiku”,katanya lagi sambil tersenyum. Aku hanya mengangguk kepala sahaja.
Kenapa dia cakap ‘next week’ bukannya tomorrow,adalah kerana seminggu ini dia ‘outstation’. Dan satu minggu kami tidak akan berjumpa.Malam itu, dia menelefon.Baru sahaja dua hari tidak bertentang mata dia sudah mengatakan rindu padaku.Memang sebelum ini dia ada beritahu, kalau boleh mahu bertemu dengan aku setiap hari walau sekejap sahaja.Untuk menatap keindahan wajahku,sesuai dengan nama aku Indah.Itu dia yang cakap.
Nama aku adalah Mutiara Indah.Nama itu ibu yang berikan.Sejak aku lahir, tidak pernah aku lihat abah.Ini kerana abah sudah pun meninggal dunia ketika di laut.Menurut ibu, abah seorang nelayan.Abah meninggal akibat ribut kuat yang melanda dan sampai sekarang mayat abah tidak ketemu.Ibu redha dengan kematian abah walaupun ketika itu baru seminggu hamil akan diriku.
Kata ibu,menamakan aku dengan nama itu adalah  kerana aku ini adalah anugerah Allah swt. Yang tidak terhingga.Aku umpama sebiji mutiara yang putih bersih tanpa sebarang noda dan indah itu melihat kecomelan akan diriku.Ibu lebih suka memanggilku dengan nama Mutiara.
Kini sudah setahun pemergian ibu menghadap Ilahi.Selepas kematian ibu baru aku kenal dengan Odia.Itu pun secara tidak sengaja.Kami berselisih di pantai sebanyak tiga kali.Kali ketiga itu ketika kami pergi beli air kelapa.Dia datang membeli air kelapa dan aku sudah sedia ada di situ sedang menunggu air kelapaku siap.Sebaik aku ingin berlalu,dia menahan aku daripada pergi dan meminta nombor.Katanya rugi kalau membiarkan orang seindah diriku dan mungkin ada jodoh kerana sudah tiga kali berselisih.Begitulah cara aku kenal dangan Odia.
Sekarang dia lah lelaki tempatku berpaut.Rapat dennganku.Odia adalah lelaki aku.Akanku menjadi milik dia untuk selamanya.Dia banyak membantu aku dari segi apa pun.Setelah aku menceritakan kisah hidupku kepadanya,setiap hari dia cuba menceriakan diriku dan hilanglah kesedihan yang bermukim di dada ini.
Hampir setahun jugalah aku kenal dengan Odia.Semua dia cerita pasal dirinya dan juga keluarga tercinta.Cuma namanya iaitu Odia,tidak pernah diberitahu kenapa diletakkan nama tersebut dan aku juga tidak mahu bertanya.Semakin lama kenal semakin bertambah bibit-bibit cinta antara kami.Tunggu masa sahaja untuk aku dan Odia bersatu secara sah.
Ada aku membuka blognya untuk baca kisah tentang dirinya.Ramai juga ‘follower’ dia.Tidak sangka juga aku.Apabila aku baca cerpen dia dan juga gaya penulisan tentang kisah hidupnya,tidak hairanlah kenapa dia ramai ‘follower’.Ketawa aku sendirian apabila melihat gambar di dalam blognya.Dia tidak melarang aku buka blog dan tiada rahsia antara kami.Dengan membaca blognya itu,membuatkan aku bertambah sayang kepadanya.
Tiba-tiba bunyi telefon mengejutkan aku,dan kenangan lampau itu terus berlalu pergi.Aku capai telefon di atas meja dan lihat di skrin tertera nama kekasihku,Odia.Rupa-rupanya dia,        sudah tengah malam baru nak telefon. ‘Ada apa ya,tak tidur lagi ke?’Aku bermonolog dalam hati.Lantas tanpa buang masa aku tekan punat call.
“Hello?”      
“Hello,cinta hatiku.Belum tidur lagi ke?”,kedengaran suara garaunya di sebelah sana. “Belum lagi,sekejap nanti saya tidurlah.Erm ada apa call ni?”. “Aih,takkanlah saya tak boleh call awak,cik adik manis,hmm?”. “Bukan tak boleh lah dear,tapi dah jauh malam ni,macamlah encik abang tak kerja esok”balas aku sambil tersenyum walaupun tahu dia tidak nampak.Bunyi ketawa kedengaran dan aku turut sama ketawa juga. “Takdelah,rindu nak dengar suara awak.kan seminggu tak jumpa”. “Yalah”jawabku. “Eh esok kita jumpa ya,makan tengah hari sama”. “Ok”. Segera dia menamatkan perbualan selepas member salam.
Pukul 12.30 p.m. seperti yang dijanjikan Odia datang menjemput aku di tempat kerja.Aku masuk ke dalam kereta,dan terus bertanya; “kita nak makan dekat mana ni saying?”. “Adalah, tempat special punya”jawab dia dan terus fokus pada jalan.
Dua puluh minit kemudian dengan pemanduan yang agak laju,kami sampai di tempat yang dikatanya itu special. ‘Special apanya setakat gerai di tepi jalan’aku bermenolog sendirian.Aku memandangnya pelik dan dia hanya tersenyum. “Apa ni?,cakap special macam saya tak pernah makan kat gerai pulak?”aku cakap dekat Odia. “Ala jomlah turun,memang special lagipun kita tak pernah makan kat sini bersama dan awak pun tak pernah dating sini kan?”.Tidak mahu mengalah dengan aku nampaknya,Odia ini.
Tengah kami melihat menu,tiba-tiba Odia mencelah dengan suara perlahan, “haaa tengok ni cinta hatiku,semua nama menu ada perkataan special,Lagipun kat gerai ini memang sedap,tak rugi tahu”,selepas berkata demikian dia ketawa. “Ya lah kena rasa dulu baru tahu”kataku kepadanya. “Ala saya dah makan kat sini dengan member dulu,dialah yang memperkenalkan tempat ni”. Selepas itu,kami order nasi putih,sayur kailan ikan masin dan yang paling penting adalah tom yam udang special.Kerana rata-rata orang akan pilih menu tersebut apabila berkunjung ke gerai itu.Oleh sebab itu,aku juga tidak mahu terlepas peluang untuk merasanya.Selepas makanan dan minuman tiba,aku makan dengan penuh berselera.Memang sedap sangat.Betul kata Odia,tidak akan menyesal punya makan di situ dengan harga yang berpatutan.
Hari ini hari ahad,cuti di hujung minggu.Aku dan Odia bercadang nak keluar jalan-jalan dan menghabiskan masa bersama sepanjang satu hari ini.Lagipun sudah lama kami tidak berbuat demikian.
Aku sudah pun bersiap.Sambil menunggu kedatangan Odia untuk menjemputku,aku membaca majalah wanita terlebih dahulu.Tiba-tiba Odia menelefonku; “Hello awak,sorry,kereta saya buat hal pulak.Tak sempat siap kot dalam satu hari ni.Indah tolong ambik saya kat ‘workshop’ ni”. “Oh ya ke,kat ‘workshop’ mana ni?”,balas Indah. “Workshop yang dekat dengan rumah awak,cinta hatiku”. “Ok.Tunggu jap!”kata Indah dan terus menekan punat ‘end call’.
Secara tergesa-gesa Indah segera mencapai kunci kereta dan beg tangan serta menuju ke kereta di garaj.Sambil ‘start’ enjin kereta,sempat dia mengomel sendirian; ‘La…ingatkan telefon sebab dah sampai,rupanya kereta masuk‘workshop’,
hish… patutlah lama aku tunggu’.
Apabila sampai sahaja di bengkel aku lihat dia sudah berpeluh.Aku buka cermin tingkap dan tersenyum kepadanya sambil menggerakkan kepalaku supaya dia masuk.Dia membuka pintu dan masuk ke dalam kereta.Odia hanya tersenyum hambar sahaja ke arahku. “Jomlah, kita pergi minum dulu”kataku padanya.Dia mengangguk sahaja.
Odia akan membawa aku ke galeri pameran lukisan.Sekarang giliran dia yang memandu kereta.Dalam perjalanan,aku dan dia berbual-bual kosong.Tempat yang dituju sudah sampai.Dia sempat cakap, “Galeri ni milik kawan lama I.He’s from Terengganu.”
Berjumpa sekejap dengan kawan Odia.Kawannya tersenyum sahaja ke arahku dan berkata, “Ada benda special untuk you sekejap lagi”.Aku pelik dengan kata-katanya tetapi aku membiarkan sahaja dan hanya tersenyum.Ada banyak lukisan penyu,pantai dan pelukis ini suka melukis tentang alam sekitar serta haiwan.Seketika kawan Odia menerangkan serba sedikit tentang lukisannya.
Apabila tiba di sebuah bilik,Odia cuba untuk memulas tombol pintu tetapi aku menghalangnya. “Eh Odia boleh masuk ke bilik ini,bukan ke kat situ aje lukisan yang dipamerkan?”.“Bolehlah,jom,jangan takutlah”kata Odia.Apabila melangkah masuk ke dalam bilik tersebut,aku terkesiama sekejap dan juga terkejut.Ini kerana ada satu lukisan besar iaitu potret diriku ketika di pantai.Aku berpaling kepada Odia dengan kerutan seribu. “Special 4 you baby.Lukisan ini seindah wajah awak.Saya ambik gambar awak ketika ‘first time we met and then’ I suruh member lukiskan”,terang Odia. “Tapi bila masa awak tangkap ‘pic’ ni?” tanyaku lagi tidak berpuas hati. “Ala masa tu saya belum tegur awak lagi.Lepas itu, saya Nampak awak duduk tengah menghadap laut dengan awak yang cantik dan suasana ‘time’ tu memang cantik sangat,so takkanlah saya nak lepaskan peluang.Lagipun kebetulan saya bawak kamera”… “Erm…it’s a gift for Indah,cinta hatiku”,bisik Odia di telingaku. “Wow! It’s very beautiful.I appreciate it.Thank you so much”ucap Indah sambil tersenyum manis.Rupa-rupanya ini lah keistimewaan yang diperkatakan oleh kawan Odia tadi.
Selepas itu, kami berhenti makan dan juga solat Zohor.Masa makan Odia ada cakap hendak membawa aku ke taman botani.Lepas makan,aku tengok jam sudah hampir pukul 4 p.m. jadi kami menunggu sehingga selesai solat Asar. “Jom,cepat sikit Indah”,kata Odia sambil tersengih apabila melihat aku masih terkial-kial memakai kasut di tepi tangga surau.
Kemudian kami menuju ke Taman Botani dan di situ terdapat pelbagai tumbuhan.Tumbuh-tumbuhan di situ memang cantik dan sangat menarik walaupun ada yang aneh pada pandangan mataku.Kami tangkap gambar bersama dengan begitu banyak sekali.Kami duduk di situ sampai waktu maghrib.
Selesai sahaja solat Maghrib,aku meminta kunci daripadanya,biarlah aku pula yang pandu kereta.Aku dan Odia belum mahu pulang lagi,kami akan pergi tengok konsert Rock malam ini.Odia memang ada gaya seorang rockers sikit.Dan aku pula memang minat lagu rock sejak kecil lagi.Memang semua kumpulan Rock ada untuk persembahan.Aku dan Odia sangat ‘enjoy’ menikmati lagu rock yang didendangkan oleh mereka.
Pukul 10 p.m. konsert habis dan Odia akan menghantar aku pulang.Dalam perjalanan pulang,Odia beritahu akan menghantar rombongan peminangan ke atas diriku.Dia ingin melamar aku menjadi isterinya.Sudah tiba masa,katanya lagi.Aku hanya bersetuju sahaja.
Selepas sebulan segala kelengkapan untuk hari pernikahan Indah dan Odia sudah siap.Ada masa seminggu lagi sebelum diakad nikah.Aku merasa beerdebar tetapi dalam masa yang sama aku sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri.Aku ingin sekali membahagiakan hidup Odia pula.Odia ada telefon sebelum ini dan beritahu bahawa dia sudah tidak sabar lagi untuk menjadi suamiku.
Odia ada cakap bahawa dia ingin memperisterikan aku bukan setakat keindahan wajahku tetapi juga kerana diriku yang mulia dan berusaha memartabatkan harga diri kaum wanita serta tidak memandang hina pada sesiapa.Ya…memang itu aku,kalau boleh mahu membantu semua perempuan bermasalah.Dan aku juga tidak memandang hina sangat pada pelacur kerana mungkin itu bukan kehendak mereka tetapi dipaksa  malahan aku lebih memandang hina kepada lelaki yang melanggan pelacur itu.
Syukurlah Odia bukanlah lelaki sebegitu dan bukan kaki perempuan.Aku memilih bukan sahaja dia baik tetapi juga taat pada agama dan taat kepada orang tuanya. Akanku setia padamu sehingga hujung hayatku,wahai kekasihku,Odia!.


                                                               

No comments: