Thursday, 3 April 2014

Pelukanku untukmu…

Aku diberi nama Khaira. Aku daripada keluarga yang sederhana. Daripada segi apa pun aku lah perempuan yang sederhana sahaja. Apa orang kata, tidak lebih dan tidak kurang.
Aku perempuan yang masih lagi mencari seseorang bagi melengkapkan kehidupanku menjadi lebih sempurna. Dan aku sendiri tidak pasti siapa yang akan merajai hatiku ini. Orang bagaimanakah dia. Aku cuma berharap yang paling penting dia adalah seorang yang beriman,bertakwa dan boleh jadi imam buat diriku serta dapat mengajar aku mengenal tajwid yang betul dalam pembacaan alQuran.
Kalaulah ciri-ciri ini yang ada dalam orang yang ku cari,sudah tentu dalam bab lain pun dia okey.Itu hanyalah pendapatku semata-mata.
Aku punya keluarga yang bahagia walaupun bukan dari kalangan yang berada dan ikatan adik-beradik sangat kuat. Malah kesemua ‘anak buah’ lebih rapat dengan keluargaku dan mereka sendiri yang mengakuinya. Memang aku dan adik-beradikku sendiri yang hendak macam itu,lagi ‘best’.
Sekarang aku sedang mencari kerja yang sesuai denganku. Jadi sudah tentu aku ini adalah penganggur kehormat, orang terhormat begitu.hehe!
Pagi ini aku ada ‘interview’ dengan sebuah syarikat. Sebaik sahaja aku habis ditemu duga, aku bercadang hendak singgah sekejap di Giant untuk membeli sedikit barang dapur yang sudah kehabisan. Sedang aku menunggu lif tiba, ada beberapa orang yang menunggu bersama dan salah seorang daripada mereka yang aku perasan sedang asyik merenung ke arahku. Ah! Mungkin itu hanya sekadar perasaanku sahaja. Apabila masuk sahaja ke dalam lif, aku dapat rasakan yang dia sekejap-sekejap menoleh padaku. Ia membuatkan aku menjadi tanda tanya kenapa dia berbuat begitu atau betulkah dia memandang aku.
Keluar sahaja daripada peerut lif, aku segera menuju ke pintu utama. Sebelum sempat aku membuka pintu untuk keluar daripada bangunan ini, orang yang sama memandangku tadi memintas dan menahan aku. Berani sekali dia berbuat begitu. Dia menyatakan yang dia hendak berkenalan denganku. Hmm, lelaki macam itulah sikapnya. Kadang kala tiada sifat malu. Tetapi jikalau aku fikir dari sudut lain, dia adalah seorang yang ‘gentleman’. Dia memperkenalkan dirinya adalah bernama Khalif dan bekerja di bangunan yang sama dengan tempatku ‘interview’ cuma bezanya adalah tingkat yang berlainan. Dia teragak-agak untuk meminta nombor telefonku untuk kenal dengan lebih rapat lagi. Dan aku tidak fikir lama terus sahaja memberikan nombor, lagipula mungkin aku akan bakal bekerja di sini, jadi aku sudah ada kawan yang baru.
Seminggu selepas ‘interview’ aku mendapat surat daripada syarikat MA Holding tersebut. Aku membaca surat itu dan sukacita dimaklumkan bahawa aku diterima bekerja dengan jawatan sebagai pembantu tadbir. Syukur alhamdullillah, memang berita baik ini yang aku tunggu. Aku merasa gembira sekali kerana akhirnya aku akan memulakan langkah pertama di dalam bidang pekerjaan.
Malam ini aku buat ‘preparation’ apa yang patut untuk menghadapi hari kerjaku yang pertama pada esok hari. Perasaan aku berbaur di kala ini, rasa macam tidak sabar untuk bekerja dan dalam masa yang sama aku turut merasa jantungku berdegup pantas daripada biasa. Apa pula tidak berdebarnya, kerana ini adalah hari pertama ku di alam pekerjaan. Aku berharap akan menimba banyak pengalaman apabila bekerja di situ kelak.
Apabila aku berbaring sahaja di atas katil, tiba-tiba kedengaran bunyi telefon. Aih kacau daun betul lah,orang hendak tidur pun tidak senang. Aku segera capai telefon dan melihat di skrin adalah ‘private number’. Siapa pula ni?... Aku angkat telefon dan berbunyi suara garau di sebelah sana dan dia memperkenalkan dirinya. Oh rupa-rupanya Khalif, lelaki itu yang aku jumpa minggu lepas. Kemudian kami mula berbual-bual kosong. Aku senang dengan dirinya yang begitu berbudi bahasa dan kadang kala kelakar.
Dalam perbualan tersebut, dia ada mengatakan padaku bahawa awal aku mahu masuk tidur, ini kerana baru pukul 10p.m.. Aku terangkan padanya bahawa aku sudah dapat kerja dan akan memulakan esok; ‘so’ perlulah tidur awal takut terlajak di esok pagi. Khalif mengucapkan tahniah kepada aku. Selepas itu, dia memberi salam untuk menamatkan perbualan kami. Sebaik meletak telefon, tersenyum aku sendirian untuk seketika cuma. Tidak sangka dia akan telefon aku jua. Akhirnya aku melelapkan mata ini.
Hari pertama bekerja semua pekerja di situ baik dan agak mesra menegur. Aku merasa agak seronok. Menjelang tengah hari, aku keluar untuk ‘lunch’ bersama dengan Ai Ling,yang merupakan setiausaha di situ. Keluar sahaja daripada lif, aku disapa oleh Khalif dan katanya ingin membawa aku keluar makan di sebuah restoran.Dia turut mengajak Ai Ling sekali. Lalu kami bersetuju untuk makan bersama.
Semenjk pertemuan itu, aku dan Khalif semakin rapat. Kami selalu juga keluar makan bersama.Selalunya keluar bersama geng yang lain tetapi kadang-kadang kami berdua sahaja. Perkenalan antara aku dan Khalif, aku anggap sebagai anugerah daripada Tuhan. Kami seolah-olah memahami diri antara satu sama lain.
 Sedar tidak sedar sudah enam bulan aku bekerja. Ini secara tidak langsung sudah enam bulan jugalah aku berkawan dengan Khalif. Dia natara lelaki yang baik dan tidak pernah mengambil kesempatan ke atas perempuan. Mengenai perihal kerja pula, dalam tempoh bekerja di syarikat tersebut aku tidak pernah menghadapi sebarang masalah. Malah aku merasa senang bekerja di situ. Tambahan lagi ‘bos’ adalah seorang yang tegas tetapi dalam masa yang sama  agak ‘sporting’ orangnya.
Suatu hari cuti di hujung minggu Khalif mengajak aku keluar makan. Kata dia mahu belanja aku makan makanan Jepun di sebuah restoran baru. Dia menelefon aku supaya bersiap kerana akan makan di waktu makan tengah hari nanti. Selepas bersiap aku menghantar pesanan ringkas kepadanya supaya tunggu di rumah sahaja kerana aku yang akan menjemputnya. Sebaik sampai di hadapan rumah Khalif aku membunyikan hon kereta. Selepas itu, kelihatan  Khalif keluar daripada pintu pagar rumahnya. Dia meminta aku keluar daripada tempat ‘driver’ kerana dia yang akan memandu kereta.
Restoran baru makanan Jepun itu terletak di Sungai Besi. Sebaik sahaja ‘parking’ kereta, kami keluar dan beriringan menuju ke restoran tersebut. Selepasa ‘order’ makanan, kami tunggu 20 minit dan makanan sampai. Aku lihat Khalif makan dengan penuh berselera kerana dia memang meminati makanan Jepun. Oleh sebab itu, dia mengajak aku ke restoran baru ini untuk mencuba makanan di sini. Ternyata makanan yang dimasak ini agak sedap juga. Selesai sahaja makan, kami mencari masjid ataupun surau yang berdekatan untuk solat Zohor bagi menunaikan kewajipan sebagai umat Islam. Dahulu waktu aku kecil bapa selalu pesan supaya jangan tinggalkan solat kerana solat itu merupakan tiang agama. Tambahan lagi dengan bersolatlah dapat membezakan antara orang Islam dengan orang kafir.Kata-kata itu aku pegang sampai sekarang.
Selesai sahaja solat Zohor, Khalif membawa aku ke sebuah tasik. Katanya untuk berehat dan menenangkan diri. Lagipun dia ingin menjelaskan sesutau yang penting kepadaku. Kami berjalan-jalan dahulu di sekitar tasik dan selepas itu kami memilih tempat untuk duduk sekejap. Kemudian Khalif memberitahu perkara penting itu, bahawa dia mahu melamar aku untuk menjadi suri hidupnya. Tetapi kami tidak pernah bercinta. Dia menerangkan yang kami akan bercinta selepas kahwin, itu lebih manis dan seeloknya. Aku berkata pada Khalif untuk memberikan aku sedikit masa bagi memikirkannya kerana perkahwinan adalah bukan perkara main-main. Ternyata hal ini memang serius.
Aku memberi kata putus bahawa aku sanggup terima Khalif sebagai suamiku. Berita ini amat menggembirakan dia. Beberapa hari kemudian Khalif membawa rombongan untuk merisik ke rumahku di kampung. Begitulah adat orang melayu. Selepas perbincangan, tarikh pernikahan kami adalah sebulan selepas itu.
Dalam masa sebulan ini, pelbagai persiapan dilakukan. Aku dan Khalif amat sibuk kerana masa begitu singkat. Hari yang ditunggu tiba jua. Kami berdua mengambil cuti selama dua minggu untuk urusan perkahwinan dan juga berbulan madu. Aku merasa berdebar sedikit kerana beberapa minit lagi aku akan sah menjadi isteri mutlak buat Khalif. Selepas akad nikah dilakukan hanya sekali lafaz, Khalif masuk ke bilik aku untuk menyarungkan cincin. Sebaik cincin disarungkan, aku menyalami serta mencium tangan Khalif dan dia mencium dahiku. Bermulalah pelukan pertama antara aku dan dia.
Kini aku sudah menjadi milik Khalif. Akanku bersatu dengannya untuk selamanya dengan izin Allah s.w.t.. Selama tiga hari dua malam aku ‘berhoneymoon’ bersama dia. Kami ‘honeymoon’ di dalam Negara sahaja buat masa ini kerana cuti yang tidak mencukupi. Honeymoon yang kedua masih dalam perancangan kami tetapi akan dilakukan di luar negara pula.
Sepanjang berbulan madu itu aku terasa amat bahagia berada disamping Khalif. Begitu juga dia mengalami perasaan yang serupa. Aku berjanji pada dia akan sentiasa memeluknya sebagai isterinya. Ini kerana sewaktu aku masih ‘single’ aku tidak betah untuk bersentuhan dengan mana-mana lelaki waima hanya bersalam sekalipun. Jadi apabila aku sah sebagai isteri Khalif, aku ingin sentiasa di sampingnya dan kalau ada kesempatan aku akan peluk dia. Lagipun ini merupakan angan-anganku pada waktu dahulu, mahu memeluk lelaki yang akan menjadi suamiku. Aku tidak kisah memulakan langkah pertama untuk peluk dia biarpun dia tidak memelukku. Sekarang angan2ku itu menjadi sebuah kenyataan. Aku merasa amat bertuah dan bersyukur kepada Allah swt..
Khalif begitu menghargai dan mengambil berat tentang diriku. Tidak silap aku memilih dia. Pelukan untukmu suamiku Khalif akan menjadi penyambung kasih sehingga hujung nyawa serta ianya adalah hadiah yang tidak ternilai.

~THE END-

ain_

p/s: cerita keduaku yg sudah lama disiapkan;)

No comments: