Wednesday, 23 July 2014
APA KAMU TAHU TENTANG UMRAH?
Terdapat
5 Rukun Umrah iaitu :-
1.
Niat
ihram umrah
2.
Tawaf
kaabah sebanyak 7 kali
3.
Saie
di antara Safa & Marwah sebanyak 7 kali
4.
Bercukur
/ bergunting (utk tahalul)
5.
Tertib
Rukun adalah perkara2 asas yg mst dilakukan.
Ibadat umrah tdk sempurna jika x dilengkapkan dgn perkara wajib spt di bawah
ini:
1.
Niat
ihram di Miqat
2.
Menjaga
pantang larang ihram
·
Utk
menjaga kesempurnaan umrah maka perlulah dijaga 13 pantang larang semasa berada
dlm keadaan ihram.
~google image~
UMRAH menjadi dambaan setiap umat Islam
p/s :
hasil maklumat ini drp surat khabar baru…huhu…mega
Monday, 21 July 2014
KETUPAT PALAS
*okeh smlm entry sal camna nak buat kelongsong arini camna nak buat ketupatnya...huhu:D
yg benar2 tulis:
Bahan2:
Ø (utk 35 biji ketupat
saiz biasa. Kuantiti berdasarkan saiz daun yg digunakan)
Ø 1 kg beras pulut
Ø 1 ½ kg santan pekat
Ø 1 cubit garam atau
secukup rasa
Ø Beberapa helai daun
palas
Cara2 Membuat Ketupat
Palas:
1.
Beras
pulut dibersihkan dan toskan airnya. Asingkan.
2.
Kemudian
masukkan beras pulut, garam dan gula.
3.
Tuang
santan ke dlm periuk sehingga paras pulut dan didihkan.
4.
Kacau
pulut sehingga separuh masak ataupun sehingga airnya kering dan pulut tidak
lagi melekat di kuali. Gunakan api sederhana dan sentiasa mengacau supaya pulut
tidak melekat dan hangus.
5.
Padamkan
api. Angkat kuali dari dapur ddan biarkan pulut sejuk.
6.
Ambil
sehelai daun palas yg tlh dibersihkan dan balut spt biasa. Buat sehingga habis
kesemuanya.
7.
Rebus
atau kukus lebih kurang 30 min ke 1 jam.
yg benar2 tulis:
Sunday, 20 July 2014
Cara-cara membuat Kelongsong Ketupat
1.
Ambil sehelai daun palas, lapkan depan dan
belakang daun sehingga semua habuk haus tanggal dan bersih.
2.
Simpulkan daun palas sehingga terbentuk kelongsong
segi tiga. Biarkan ekor daun palas terjuntai.
3.
Masukkan beras pulut yg telah dimasak tadi ke
dalamnya. Tekankan sedikit dgn jari jemari halus anda biar pulut padat di dalam
kelongsong. Jangan letak pulut melebihi paras daun kerana ia akan menyukarkan
anda utk membalutnya nt. Seelok-eloknya biar sama paras dgn sisi daun.
4.
Kemudian, tarik ekor daun palas menghala ke
bawah bagi menutupi pulut tersebut.
5.
Rapatkan dan kemaskan daun tersebut. Biar betul2
ketat balutannya.
6.
Pusing pula daun ke belakang kelongsong sambil
menghala ke atas.
7.
Kemudian lipat lagi berulang kali sehingga hanya
tinggal ekor daun.
8.
Tarik ekor daun tadi dan sematkan di celah
lipatan. Hati-hati agar balutan tidak terbuka.
9.
Kemaskan / ketatkan balutan dengan cara menarik
ekor daun kuat sedikit. Jangan tarik terlalu kuat kerana daun palas akan
terkoyak.
10.
Kemudian simpulkan ekornya bagi mematikan
balutan dan juga untuk mengelakkan air dari masuk ke dalam ketupat bila
direbus.
TIP :
Ø
Kelongsong ketupat yg dibuat dlm kuantiti yg byk
perlu ditutup dgn kain yg lembap agar daun menjadi lembut dan tidak mudah terkoyak
apabila membuka kembali untuk memasukkan pulut.
Ø
Sebaiknya guna beras pulut susu utk rasa yg lbh
lemak.
Ø
Ketupat yg tlh siap dibalut blh juga dimasukkan
ked lm bekas yg bersesuaian dan disimpan di bhgn sejuk beku dan direbus atau
dikukus bila perlu.
*0keh sbnrnya ni tuk diri aku sendiri....mana lah tahu aku nk cuba buat suatu hari nt bila dah kawen kelak....haha.....ntah bila la tu....
padahal tiap2 thn tgk je ma buat...tp tak pandai2 gak...alah stakat tlg gitu2 jer...huhu
p/s : hasil maklumat drp surat khabar baru...huhu...mega
yg benar2 tulis:
Saturday, 19 July 2014
Waktu Mustajab Berdoa
Ø Sepertiga malam
Ø Waktu antara
azan dan iqamah
Ø Selesai solat
fardu
Ø Ketika Imam
naik ke mimbar pada hari Jumaat berkekalan hingga akhir solat
Ø Ketika Imam
duduk antara 2 khutbah
Ø Penghujung
waktu Asar pada hari Jumaat
Ø Hari Arafah
Ø Hari Jumaat
keseluruhannya
Ø Ketika mulai
turun hujan
Ø Ketika berkecamuk
peperangan di jalan Allah SWT dan ketika sujud
Ø Kesempatan
bertemu Ramadhan juga tidak patut diabaikan kerana Allah SWT berkenan member bonus
dan ganjaran lebih daripada hari2 biasa
Ø Saat terpilih
bertemu Lailatulqadar, yang mana segala hajat doa mudah-mudahan diperkenankan
oleh Allah SWT
p/s: maklumat ini drp surat khabar baru...huhu...mega
yg benar2 tulis:
Thursday, 17 July 2014
Bulan Doa Dimakbulkan
-
Ramadhan
dan Berdoa mempunyai perkaitan yg sgt rapat.
Dalam pada berdoa,
terdapat beberapa adab yang selayaknya dipatuhi agar diterima di sisi Allah SWT
dengan sempurna. Antaranya :
1)
Mengangkat
tangan ketika berdoa seperti perlakuan Nabi SAW sehingga kelihatan putih
ketiaknya ataupun mengangkat tangan selari dengan kedua-dua belah bahu. Jika
terdapat hal yg mendesak, maka bolehlah diangkat lebih drp itu kerana beramal
dengan sunnah Rasullullah SAW.
2)
Setelah
selesai berdoa, bolehlah disapukan kedua-dua belah tangan ke muka.
3)
Setiap
doa hendaklah dimulakan dengan ucapan Alhamdulillah sambil memuji-muji
kebesaran-Nya. Baginda Nabi Muhammad SAW diriwayatkan bersabda: “ Apabila
seseorang antara kamu berdoa, maka hendaklah dimulai dengan mengucap syukur
kepada Allah SWT sambil memujinya, kemudian hendaklah berselawat atas Nabi
Muhammad SAW lalu diikuti dengan memohon sebarang doa.” (riwayat Abu Daud,
an-Nasaie dan at-Tirmizi
4)
Kemudian
berdoalah dengan khusyuk sambil bersangka baik kepada Allah SWT yang Maha
mendengar lagi Maha memperkenankan segala doa. Ini disertai dengan perasan
takut kepada kekuasaan dan keagungan-Nya, kerana Allah SWT tidak menerima doa
dalam keadan yg lalai.
5)
Boleh
juga doa tersebut diulang-ulang sebanyak tiga kali sebagaimana riwayat Ibnu
Mas’ud yg bermaksud: Sesungguhnya Nabi
SAW apabila berdoa, berdoa sebanyak 3 kali, dan apabila meminta kepada Allah
SWT Baginda juga meminta sebanyak 3 kali. (riwayat Muslim)
6)
Pintalah
segala hajat sama ada yg berkaitan dengan urusan duniawi ataupun ukhrawi. Usah
berdoa utk keburukan dan kecelakaan org lain. Seelok-eloknya diganti dengan
doa2 yg baik, semoga beroleh hidayah dan petunjuk daripada-Nya. Nabi Muhammad
SAW pernah dibaling batu oleh kanak2 semasa berdakwah di Taif hingga berdarah kakinya
yg mulia, namun Baginda tetap mendoakan
mereka dengan kebaikan.
Justeru, adalah lebih baik mendoakan
kesejahteraan keluarga, ibu bapa, jiran tetangga dan kaum Muslimin seluruhnya.
Berdoa supaya diampunkan dosa, diterima segala amal agar layak menempati
syurga-Nya adalah antara doa yg baik utk dilafazkan.
7)
Selain
itu, hendaklah berdoa dalam keadaan menghadap ke arah kiblat kerana sebaik-baik
perhimpunan adalah dgn menghadap kiblat. Ini dikecualikan kepada imam yg berdoa
setelah selesai solat berjemaah, yg mana dia disunatkan menghadap ke arah
makmum, sebagaimana perbuatan Nabi Muhammad SAW yg menghadap ke arah para
sahabat.
8)
Eloklah
seseorang yg berdoa berada dalam keadaan berwuduk sambil banyak beristighfar
dan bertaubat.
Berdoa dalam hati adalah lebih baik
berbanding doa yg dilafazkan secara terang2an kerana hal ini lebih dekat kepada
keikhlasan dalam berdoa.
9)
Makruh
jika berdoa dengan suara yg terlalu kuat. Malah jika berdoa setelah selesai
solat berjemaah di masjid, imam hendaklah memperhatikan jemaah yg kemungkinan
masbuq atau baru memulakan sembahyang yg kemungkinan terganggu dgn bacaan doa
yg terlalu kuat.
10)
Digalakkan
juga bertawasul dgn nama-nama Allagh SWT Yang Maha Agung, selain doa disertai
dgn banyak bersedekah serta memilih waktu2 yg sesuai lagi mustajab utk berdoa.
11)
Pilihlah
doa2 yg pernah dibacakan oleh Nabi SAW kerana logiknya doa tersebut mustajab di
sisi Allah SWT. Mudah-mudahan apabila kita menyebutnya turut diperkenankan oleh
Allah SWT. Ingatlah betapa doa adalah senjata Mukmin, gunakanlah senjata
tersebut dgn sentiasa menyandarkan sepenuh pengharapan kepada Allah SWT Yang
Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.
~google
images~
DOA adalah senjata ampuh
umat Islam!
p/s:
maklumat ini adalah hasil daripada surat khabar baru..huhu..mega
yg benar2 tulis:
Wednesday, 16 July 2014
PERSEDIAAN RAMADHAN-)
MARILAH kita menyambut Ramadhan dengan kesedaran yang
tinggi dan kegembiraan yan abadi. Jangan dibiarkan diri kita ini sentiasa keluh
kesah dan gundah gulana apabila tibanya Ramadhan. Ingatlah peringatan Nabi SAW
agar kita sentiasa bersyukur dengan ketibaannya dan sentiasa bersedia untuk
berada di bulan mulia itu.
1.
Muhasabah
Ramadhan yang lalu
Mari
kita renung apakah kekurangan yang dilakukan sepanjang Ramadhan lalu dan apakah
sesuatu usaha yang hendak dilakukan pada kesempatan Ramadhan kali ini.
Hitunglah amalan kita sebelum ini. Apabila perhitungan ini dibentangkan dalam
jiwa, maka di situlah akan datangnya keazaman untuk memperbaiki diri agar
melakukan sesuatu yang lebih baik.
Muhasabah
ini sangat penting kerana jika kita tidak melakukannya dikhuatiri diri kit akan
terpesong dari jalan2 Islam. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai Tuhan kami! Janganlh Engkau
memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah
kepada kami limpah rahmat daripada sisi-Mu, sesungguhnya Engkau jualah Tuhan
yang melimpah-limpah pemberian-Nya. (Ali Imran:8)
2.
Tanamkan
dalam diri untuk melatih diri mendekati al-Quran
Satu
amalan yang sangat dituntut adalah tilawah al-Quran. Jadikan al-Quran teman
sejati. Jadikan ia tempat untuk kita merenung kelemahan dan mencari kekuatan.
Di bulan Ramadhan pastinya banyak kelas-kelas tadarus dan kelas al-Quran.
Gabungkan diri anda dengan kelas2 ini. Moga diri kita sentiasa lembut apabila
lidah sentiasa dibasahi dengan kalam suci. Allah hadirkan Ramadhan supaya kita
mendekatkan diri dengan-Nya. (rujuk al-Baqarah:185)
~google images~
HIASI harian Ramadhan dengan membaca
serta memahami maksud di sebalik kalimah Allah SWT.
3.
Membina
takwa
Takwa
adalah nilai ilahiyyah yang sangat
besar maknanya. Di bulan ini kita dilatih untuk membesarkan Allah dan
mengecilkan dunia. Di bulan yang mulia inilah kita dilatih oleh Allah SWT agar
mengingatkan akan kematian yang pasti dan bersedia untuk menghadapinya. Firman
Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana
diwajibkan kepada orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
~google images~
AMALAN ibadah sepanjang Ramadhan yang
dilakukan dengan ilmu akan mendatangkan keikhlasan dalam beribadat.
p/s
: hasil maklumat daripada surat khabar baru..huhu…mega
yg benar2 tulis:
Tuesday, 15 July 2014
Rahmat Ramadhan serta Keistimewaan Umat Nabi
Rahmatnya
Bulan Ramadhan
·
Dengan
berpuasa adalah menjadi perisai diri dan hati. Elakkan bercakap kotor,
berbohong, melakukan perbuatan curang atau berlaku tidak jujur melakukan
fitnah, mengumpat dan bercakap perkara sia-sia.
·
Dengan
berpuasa dapat membentuk iman serta takwa. Dalam ibadah puasa tersurat dan
tersirat pelbagai pendidikan.
-google
image~
Memberi makan kepada orang yang berbuka puasa itu besar
ganjarannya
Lima Keistimewaan Umat Nabi SAW:
Ø
Pertama :
Allah SWT datang melihat mereka, jika ini yang terjadi maka untuk selamanya dia
tidak disentuh azab.
Ø
Kedua : Bau
mulut mereka bagaikan bau kesturi.
Ø
Ketiga : Para
malaikat memohonkan keampunan siang dan malam untuknya.
Ø
Keempat :
Allah SWT menyuruh syurga menghiasi diri sebagai balasan orang yang puasa.
Ø
Kelima : Pada
akhir bulan Ramadhan Allah SWT mengampunkan dosa mereka semua. Ini dijelaskan
melalui sabda Nabi SAW yang bermaksud: Bau
mulut seorang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat daripada
harumnya kesturi (minyak wangi paling harum di dunia). (riwayat al-Bukhari)
-google
image~
BULAN Ramadhan merupakan
bulan yang penuh rahmat, berkat, pengampunan dan pembebasan diri daripada azab
neraka.
*
|
Kebajikan, maka itu lebih baik
baginya dan puasa kamu itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (al-Baqarah: 184)
|
p/s : hasil maklumat daripada surat
khabar baru..huhu..mega
yg benar2 tulis:
Subscribe to:
Posts (Atom)