Monday, 7 July 2014

PERSEDIAAN RAMADHAN-)




MARILAH kita menyambut Ramadhan dengan kesedaran yang tinggi dan kegembiraan yan abadi. Jangan dibiarkan diri kita ini sentiasa keluh kesah dan gundah gulana apabila tibanya Ramadhan. Ingatlah peringatan Nabi SAW agar kita sentiasa bersyukur dengan ketibaannya dan sentiasa bersedia untuk berada di bulan mulia itu.
1.    Muhasabah Ramadhan yang lalu
Mari kita renung apakah kekurangan yang dilakukan sepanjang Ramadhan lalu dan apakah sesuatu usaha yang hendak dilakukan pada kesempatan Ramadhan kali ini. Hitunglah amalan kita sebelum ini. Apabila perhitungan ini dibentangkan dalam jiwa, maka di situlah akan datangnya keazaman untuk memperbaiki diri agar melakukan sesuatu yang lebih baik.
Muhasabah ini sangat penting kerana jika kita tidak melakukannya dikhuatiri diri kit akan terpesong dari jalan2 Islam. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai Tuhan kami! Janganlh Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat daripada sisi-Mu, sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya. (Ali Imran:8)
  
2.    Tanamkan dalam diri untuk melatih diri mendekati al-Quran
Satu amalan yang sangat dituntut adalah tilawah al-Quran. Jadikan al-Quran teman sejati. Jadikan ia tempat untuk kita merenung kelemahan dan mencari kekuatan. Di bulan Ramadhan pastinya banyak kelas-kelas tadarus dan kelas al-Quran. Gabungkan diri anda dengan kelas2 ini. Moga diri kita sentiasa lembut apabila lidah sentiasa dibasahi dengan kalam suci. Allah hadirkan Ramadhan supaya kita mendekatkan diri dengan-Nya. (rujuk al-Baqarah:185)


~google images~
HIASI harian Ramadhan dengan membaca serta memahami maksud di sebalik kalimah Allah SWT.

3.    Membina takwa
Takwa adalah nilai ilahiyyah yang sangat besar maknanya. Di bulan ini kita dilatih untuk membesarkan Allah dan mengecilkan dunia. Di bulan yang mulia inilah kita dilatih oleh Allah SWT agar mengingatkan akan kematian yang pasti dan bersedia untuk menghadapinya. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.





~google images~
AMALAN ibadah sepanjang Ramadhan yang dilakukan dengan ilmu akan mendatangkan keikhlasan dalam beribadat.



p/s : hasil maklumat daripada surat khabar baru..huhu…mega


























No comments: