Thursday, 17 July 2014

Bulan Doa Dimakbulkan



-       Ramadhan dan Berdoa mempunyai perkaitan yg sgt rapat.


Dalam pada berdoa, terdapat beberapa adab yang selayaknya dipatuhi agar diterima di sisi Allah SWT dengan sempurna. Antaranya :


1)    Mengangkat tangan ketika berdoa seperti perlakuan Nabi SAW sehingga kelihatan putih ketiaknya ataupun mengangkat tangan selari dengan kedua-dua belah bahu. Jika terdapat hal yg mendesak, maka bolehlah diangkat lebih drp itu kerana beramal dengan sunnah Rasullullah SAW.

2)    Setelah selesai berdoa, bolehlah disapukan kedua-dua belah tangan ke muka.


3)    Setiap doa hendaklah dimulakan dengan ucapan Alhamdulillah sambil memuji-muji kebesaran-Nya. Baginda Nabi Muhammad SAW diriwayatkan bersabda: “ Apabila seseorang antara kamu berdoa, maka hendaklah dimulai dengan mengucap syukur kepada Allah SWT sambil memujinya, kemudian hendaklah berselawat atas Nabi Muhammad SAW lalu diikuti dengan memohon sebarang doa.” (riwayat Abu Daud, an-Nasaie dan at-Tirmizi

4)    Kemudian berdoalah dengan khusyuk sambil bersangka baik kepada Allah SWT yang Maha mendengar lagi Maha memperkenankan segala doa. Ini disertai dengan perasan takut kepada kekuasaan dan keagungan-Nya, kerana Allah SWT tidak menerima doa dalam keadan yg lalai.


5)    Boleh juga doa tersebut diulang-ulang sebanyak tiga kali sebagaimana riwayat Ibnu Mas’ud yg bermaksud: Sesungguhnya Nabi SAW apabila berdoa, berdoa sebanyak 3 kali, dan apabila meminta kepada Allah SWT Baginda juga meminta sebanyak 3 kali. (riwayat Muslim)

6)    Pintalah segala hajat sama ada yg berkaitan dengan urusan duniawi ataupun ukhrawi. Usah berdoa utk keburukan dan kecelakaan org lain. Seelok-eloknya diganti dengan doa2 yg baik, semoga beroleh hidayah dan petunjuk daripada-Nya. Nabi Muhammad SAW pernah dibaling batu oleh kanak2 semasa berdakwah di Taif hingga berdarah kakinya yg mulia, namun Baginda tetap mendoakan  mereka dengan kebaikan.
    Justeru, adalah lebih baik mendoakan kesejahteraan keluarga, ibu bapa, jiran tetangga dan kaum Muslimin seluruhnya. Berdoa supaya diampunkan dosa, diterima segala amal agar layak menempati syurga-Nya adalah antara doa yg baik utk dilafazkan.

7)    Selain itu, hendaklah berdoa dalam keadaan menghadap ke arah kiblat kerana sebaik-baik perhimpunan adalah dgn menghadap kiblat. Ini dikecualikan kepada imam yg berdoa setelah selesai solat berjemaah, yg mana dia disunatkan menghadap ke arah makmum, sebagaimana perbuatan Nabi Muhammad SAW yg menghadap ke arah para sahabat.

8)    Eloklah seseorang yg berdoa berada dalam keadaan berwuduk sambil banyak beristighfar dan bertaubat.
    Berdoa dalam hati adalah lebih baik berbanding doa yg dilafazkan secara terang2an kerana hal ini lebih dekat kepada keikhlasan dalam berdoa.

9)    Makruh jika berdoa dengan suara yg terlalu kuat. Malah jika berdoa setelah selesai solat berjemaah di masjid, imam hendaklah memperhatikan jemaah yg kemungkinan masbuq atau baru memulakan sembahyang yg kemungkinan terganggu dgn bacaan doa yg terlalu kuat.

10) Digalakkan juga bertawasul dgn nama-nama Allagh SWT Yang Maha Agung, selain doa disertai dgn banyak bersedekah serta memilih waktu2 yg sesuai lagi mustajab utk berdoa.


11) Pilihlah doa2 yg pernah dibacakan oleh Nabi SAW kerana logiknya doa tersebut mustajab di sisi Allah SWT. Mudah-mudahan apabila kita menyebutnya turut diperkenankan oleh Allah SWT. Ingatlah betapa doa adalah senjata Mukmin, gunakanlah senjata tersebut dgn sentiasa menyandarkan sepenuh pengharapan kepada Allah SWT Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.




 

~google images~
DOA adalah senjata ampuh umat Islam!




p/s: maklumat ini adalah hasil daripada surat khabar baru..huhu..mega





yg benar2 tulis:

No comments: