MARILAH kita menyambut Ramadhan dengan kesedaran yang
tinggi dan kegembiraan yan abadi. Jangan dibiarkan diri kita ini sentiasa keluh
kesah dan gundah gulana apabila tibanya Ramadhan. Ingatlah peringatan Nabi SAW
agar kita sentiasa bersyukur dengan ketibaannya dan sentiasa bersedia untuk
berada di bulan mulia itu.
1.
Muhasabah
Ramadhan yang lalu
Mari
kita renung apakah kekurangan yang dilakukan sepanjang Ramadhan lalu dan apakah
sesuatu usaha yang hendak dilakukan pada kesempatan Ramadhan kali ini.
Hitunglah amalan kita sebelum ini. Apabila perhitungan ini dibentangkan dalam
jiwa, maka di situlah akan datangnya keazaman untuk memperbaiki diri agar
melakukan sesuatu yang lebih baik.
Muhasabah
ini sangat penting kerana jika kita tidak melakukannya dikhuatiri diri kit akan
terpesong dari jalan2 Islam. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai Tuhan kami! Janganlh Engkau
memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah
kepada kami limpah rahmat daripada sisi-Mu, sesungguhnya Engkau jualah Tuhan
yang melimpah-limpah pemberian-Nya. (Ali Imran:8)
2.
Tanamkan
dalam diri untuk melatih diri mendekati al-Quran
Satu
amalan yang sangat dituntut adalah tilawah al-Quran. Jadikan al-Quran teman
sejati. Jadikan ia tempat untuk kita merenung kelemahan dan mencari kekuatan.
Di bulan Ramadhan pastinya banyak kelas-kelas tadarus dan kelas al-Quran.
Gabungkan diri anda dengan kelas2 ini. Moga diri kita sentiasa lembut apabila
lidah sentiasa dibasahi dengan kalam suci. Allah hadirkan Ramadhan supaya kita
mendekatkan diri dengan-Nya. (rujuk al-Baqarah:185)
~google images~
HIASI harian Ramadhan dengan membaca
serta memahami maksud di sebalik kalimah Allah SWT.
3.
Membina
takwa
Takwa
adalah nilai ilahiyyah yang sangat
besar maknanya. Di bulan ini kita dilatih untuk membesarkan Allah dan
mengecilkan dunia. Di bulan yang mulia inilah kita dilatih oleh Allah SWT agar
mengingatkan akan kematian yang pasti dan bersedia untuk menghadapinya. Firman
Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana
diwajibkan kepada orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
~google images~
AMALAN ibadah sepanjang Ramadhan yang
dilakukan dengan ilmu akan mendatangkan keikhlasan dalam beribadat.
p/s
: hasil maklumat daripada surat khabar baru..huhu…mega
yg benar2 tulis:
No comments:
Post a Comment